si cantik & si kacak

Sunday, July 3, 2011

perlawanan timbal balik malaysia - chinese taipei

separuh masa pertama.........

golll!!!!!!!!!!!!!!!!
sumpah cantik gol aidil zafuan minit ke 7!


seawal sepak mula, dua2 pasukan mula menunjukkan permainan yg menarik...bg pasukan chinese taipei, dua kali sepakan percuma diberikan, namun masih gagal menyekat benteng pertahanan pasukan malaysia... *bangga sekejap  :)

diakui...malaysia mempunyai byk kelebihan terutama dpd segi jumlah gol..jadi...buat pasukan malaysia...silalah bertahan dan tunjukkan kehebatan harimau malaya!

sedikit kecewa sbb amirul hadi gagal sepak dgn baik..permainan diteruskan, sehingga chinese taipei dpt peluang gol pertama dlm perlawanan hari ni...  :(

kembali gembira!!!!
 

sepakan percuma buat malaysia..then GOL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! anda mmg hebat kapten!!!! safiq, u r the best bro!!!
so far... 2-1  :)

then...penalti utk chinese taipei, + malaysia dpt kad kuning...kecian mahali.....aiyooooo  *_*  minit ke 43...  2-2 ...huhuhuhu

sayangnye!!!!!!!!!!! bola leret minit ke 45!!!! alaaaaaaaa.....  :(

berakhirlah separuh masa pertama...pasukan malaysia...sila bangkit semula!!!

separuh masa kedua
sgt kucar kacir..huru hara...kacau bilau permainan pasukan malaysia...gopoh...
silalah bermain dgn tenang!! 

tensionnye~


siot!!!!!!!!!!! tension2...bengang!!!! 

3-2... stress gila!!!!

byk penalti dr main...mcm ape je!
nak puji keeper pn..mcm xkena..yg td p hambat bola yg bkn arah gol buat ape..kn dah dpt kad kuning...seb baik dpt tahan bola dr gol td...huhu...

biadap betul player chinese taipei ni main...ade unsur  kurang ajar ni...
pengadil pn mcm ape je...'adil' betul pengadil ni...malaysia xnk pulak die bg penalti..asyik2 bg kad je kt kita...melampau!

last..agregat 4-4...mslh betul!!!

***************************************************
entry ni ditulis sepanjang menyaksikan perlawanan timbal balik malaysia menentang chinese taipei di tempat lawan..

komen pengulas xberbakat ::>

mslh dgn player..pasukan malaysia main dgn sg teruk..kucar kacir...huru hara..byk sgt mslh dgn player...dgn ref...sepatutnya kita mampu mengawal..tp kita biarkan pasukan lawan kawal permainan..dgn main sgt kasar...seharusnya..kita mengawal permainan seawal gol pertama oleh aidil zafuan minit ke 7...

mood::> huh~ ade fed up sikit...




Friday, July 1, 2011

menolak sebarang bentuk perhimpunan...halal mahupun haram...

terdetik rasa hati nak menulis sesuatu ttg perhimpunan hangat yg bakal berlangsung xlama lagi...seperti entry diatas..sy secara peribadi, menolak sebarang bentuk perhimpunan..tak kira sama ada halal atau haram...

perhimpunan halal? sy kira, adalah satu perhimpunan yg kononnya dibenarkan, mendapat permit, dan dijanjikan tidak berlaku sebarang masalah, serta dijalankan secara aman..

sementara,

perhimpunan haram adalah, yg mendapat tentangan, tidak dibenarkan dan tidak diluluskan permohonan permitnya, dan byk lagi isu berbangkit dikaitkan...

sekali lagi sy tegaskan, sy menolak sebarang bentuk perhimpunan...terutamanya perhimpunan yg bakal berlangsung pd 9 julai akan dtg ini..

kerana???

kerana perhimpunan BERSIH 2.0 akan bertembung dengan perhimpunan PATRIOT serta beberapa perhimpunan lain..

ada peserta perhimpunan ini mengatakan mereka sekadar ingin berhimpun secara aman, di atas jln raya...kerana memudahkan urusan perhimpunan utk menuju ke Istana Negara menyerahkan tuntutan mereka...ada juga menyatakan, perhimpunan ini berbentuk aman, tanpa ada unsur campur tangan pihak luar..sy tidak ingin menyentuh isu tersebut...

kerana pd sy, sekiranya ada 2 perhimpunan berlainan agenda, berada di atas jln yg sama, serta masing2 mempunyai ruang dan peluang utk melakukan sebarang bentuk provokasi jalanan...maka, akan berlakulah pertembungan seterusnya menyebabkan berlakunya rusuhan..kerana pd permulaannya, kuasa mulut lebih hebat dan cepat..ditambah semangat darah muda yg kurang kesabaran dan kematangan..

setiap bentuk provokasi, dari sekecil-kecilnya, sehinggalah sebesar-besarnya, akan memudaratkan mereka yg berada di sekeliling, yg tidak terlibat dgn isu ini...

justeru itu, sy memohon sebarang bentuk perhimpunan ini, dihentikan segera bukan utk menghalang tuntutan disampaikan, tetapi utk menyekat dan menghalang sebarang bentuk provokasi dan pertembungan antara kumpulan-kumpulan yg berbeza ini...

serta, sy memohon kpd semua yg membaca, jangan hampiri kawasan perhimpunan dan sekitarnya, utk mengelakkan anda menjadi mangsa, andai berlaku pertembungan tersebut...

kpd yg bekerja dikawasan tersebut, fikirlah sewajarnya apa yg anda harus lakukan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di sana nanti...lindungi diri anda sebaiknya...

kpd org awam yg tidak punya sebarang agenda pd hari tersebut, kawal diri anda...jangan rajinkan kaki melangkah ke kawasan terbabit, utk mengelakkan anda dpd menjadi mangsa, atau mengelakkan anda berada pd waktu yg slh, ditempat yg slh...

kpd yg biasa menggunakan laluan tersebut utk urusan seharian, sila gunakan jln alternatif lain...


sekian, terima kasih..