si cantik & si kacak

Saturday, February 25, 2012

uruskan masa, mudah / sukar?







lama tak update...almaklumlah, xberapa rajin ni..skang ni ala-ala je..hahaha...meh kwn2..check it out menda alah ni



satu hari ade 24 jam...dalam 24 jam ni mcm2 kita boleh buat..tp kenapa ramai merungut (aku tak terkecuali) yg masa ni xcukup...sebab apa masa ni mcm xcukup je utk kita? adakah sbb masa ni mmg xcukup? atau kita tak pandai urus masa dgn baik? so, soalannya, mcm mana nak urus masa dgn  baik? dan pengurusan masa ni susah atau senang je? 


apakata kita cuba semua kat bawah ni...then kita tau lah senang ke susah...selamat mencuba!!!!



Tahu yang anda sebenarnya mempunyai masalah untuk menguruskan masa- Mengetahui bahawa anda mempunyai masalah pengurusan masa adalah langkah pertama untuk mengubah sikap anda. Berkemungkinan kadang-kadang anda akan terlambat untuk pergi bekerja/kelas atau menghadiri aktiviti sosial, tetapi ia seharusnya tidak berlaku pada setiap hari atau setiap minggu. Sekiranya anda masih melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali, ia bermakna anda masih tidak menyedari masalah anda.





Mengambil keputusan untuk berubah- Apabila sudah mengetahui masalah sebenar, anda perlu mengambil keputusan untuk melakukan perubahan di dalam hidup anda. Keputusan yang telah diambil perlu disertakan dengan tindakan untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, mungkin anda mengambil keputusan untuk tidak lagi datang lewat ke tempat kerja, ia juga perlu disertakan dengan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan anda datang lewat seperti tidur awal, kurangkan melepak bersama rakan pada waktu malam dan sebagainya.






Tetap dengan objektif anda- Usaha yang dilakukan untuk menjadi seorang yang lebih menghargai masa bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai. Berkemungkinan sebulan anda mampu untuk sampai kerja awal, tetapi selepas itu ia akan kembali seperti sedia kala. Anda perlu tetap dengan objektif kehidupan. Pastikan anda selalu mengingati tujuan hidup dan sentiasa berusaha untuk mencapainya. Lama kelamaan ia akan sebati dengan cara hidup anda.






Buat senarai tugas harian- Membuat senarai yang harus dilakukan untuk diri sendiri adalah cara yang mudah untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Catitkan apa yang harus anda lakukan sepanjang hari. Pastikan senarai tugasan yang anda lakukan mengikut terhadap kepentingan sesuatu perkara itu.






Peralatan pengurusan masa- Pasti ia merupakan satu kesukaran untuk otak anda mengingati segala tugasan harian yang perlu dilakukan.  Ia juga merupakan suatu perkara yang agak mustahil. Anda perlu bijak untuk menggunakan peralatan yang berada di sekeling anda dengan lebih baik. Sebagai contoh, pada zaman yang serba canggih ini, pasti setiap orang mempunyai telefon bimbit sendiri. Catatkan nota yang perlu anda lakukan atau gunakan sistem amaran peringatan(reminder) untuk mengingatkan anda melakukan sesuatu tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.






Bijak untuk menerima atau menolak suatu pelawaan-  Sudah pasti anda pernah mengalami situasi dimana anda sedang cuba menyiapkan kerja dan dalam masa sama rakan-rakan anda mengajak untuk keluar minum atau sebagainya. Anda seharusnya lebih bijak untuk menangani situasi ini. Anda perlu tahu kesan sekiranya anda menerima atau menolak pelawaan tersebut. Sekiranya anda menerima pelawaan tersebut tetapi ia akan menyebabkan anda terlewat untuk menyiapkan tugasan pada tarikh yang telah ditetapkan, anda dinasihatkan untuk menolaknya. Urus masa anda dengan lebih bijak.






Sistematik- Melakukan suatu tugasan dengan bersistematik dapat membantu untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Pasti sepanjang hari banyak perkara yang ingin anda lakukan selain bekerja sahaja seperti bermain dengan anak, keluar bersiar-siar dan sebagainya. Rancang masa anda dengan bersistematik supaya anda dapat menikmati kepelbagaian kehidupan harian anda. Ini juga dapat membantu untuk mengelakkan anda daripada melalui kehidupan yang membosankan.






Dapatkan bantuan pakar- Sekiranya anda masih lagi menghadapi kesukaran untuk menguruskan masa, anda perlu mendapatkan nasihat pakar. Berkemungkinan jadual pekerjaan anda yang terlalu padat memberi kesulitan kepada anda untuk merancang masa dengan lebih baik. Pakar sudah semestinya lebih mengetahui penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.




p/s ::: masa itu emas...tak mungkin boleh patah balik ke masa silam melainkan melalui kenangan..hargai masa, rancang ia dgn baik supaya kita tak menyesal nanti....

jom ramai-ramai pegi tengok brg baiikk

 


 Ekspo Buku Islam 2 @ Putrajaya




venue : Dewan Cempaka Sari Precint 3 Putrajaya
tarikh : 24 feb - 4 mac
masa : 10 am - 9 pm
 
jgn lupa singgah yer...  


peaceeeee

Tuesday, February 14, 2012

jom doa sebelum mula study..

 


mulakan dengan selawat dan akhirkan juga dengan selawat.  sebab selawat ni macam setem yang nak bawa doa ni ke langit...

jom semua...


“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang antara para penyayang .” (Al A’raaf : 151)

“…Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).” (Al Kahfi : 10)

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku.” (Al Qashash : 16)

“…Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” (Thaahaa : 114)

“Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau daripada bisikan-bisikan syaitan.  Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, daripada kedatangan mereka kepadaku.” (Al Mu’minun : 97-98)

“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku.  Dan mudahkanlah untukku urusanku.  Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku.  Supaya mereka mengerti perkataanku.” (Thaahaa : 25-28)

“Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Al Baqarah : 32)

“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” (Ali ‘Imran : 173)

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.  Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.  Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.  Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya.  Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (At Thalaaq : 2-3)

“Maha Suci Tuhanmu yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan.  Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul.  Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.” (Ash Shaaffat : 180-82)


p/s :: taken from [tunas] Hlovate

Thursday, February 2, 2012

tahukah anda.....

 




  • Ramai pemelihara kucing suka untuk melatih kucing mereka memakan pelbagai jenis makanan. Tetapi tahukah anda bahawa kucing mungkin akan sakit atau mati sekiranya anda memberi ia memakan coklat?
  • Kucing sebenarnya lebih suka berbaring daripada tidur. Ia hanya akan betul-betul tidur apabila mendapat ketenangan yang secukupnya ketika ia berbaring.
  • Mata adalah merupakan satu deria yang paling sering digunakan oleh kucing sebagai satu hubungan komunikasi terhadap kucing lain ataupun penjaga mereka.
  • Kucing tidak memahami sebarang bentuk hukuman sebagaimana manusia. Sebaliknya mereka perlu dipuji atau diberi ganjaran apabila melakukan sesuatu perkara yang diingini.
  • Memberi kucing anda memakan daging mentah sekurang-kurangnya sekali sehari dapat membantu untuk memlihara gusi dan menguatkan lagi gigi mereka.