si cantik & si kacak

Friday, March 30, 2012

update..update...

 




sekarang sedang mid sem... (dah nak habis cuti baru update ke? haha) tapi satu keje pun xsiap lagi..satu ape pun xprepare lagi...




before mid break aritu, dah selesai jawab hampir semua mid term paper..naik2 mid break ni, akan smbung lagi 2 mid term paper...dah ready ke???? huahuahua...




sekarang sedang gigih siapkan keje yg sepatutnya dah submit, tp xsubmit sebab tak siap lagi...ampun kan sy Dr... sy try submit isnin ni yer..hehehehe...



week before mid break aritu jugak, sudah gigik menjadi suri rumah cum student berjaya....sebab my lovely beloved mama kursus, then kena lah me balik jaga rumah + ulang alik g kelas dengan gigih + prepare utk semua mid term... and unfortunately...it will happen again this coming week as mama really have to attend her course...(dengki betul semua kat opis die tu..huh! nyampah i)



so skang sedang gigih buat keje sekaligus bersiap2 dengan two coming mid terms...  may allah granted me the best as i do my best for my study and my family...chewaaaaaahhh....




p/s ::  cuti dr selasa aritu, khamis baru start pegang buku...hahah...bagus kan? i loikeeee

Tuesday, March 20, 2012

Thursday, March 15, 2012

gangguan dlm pengurusan masa







ni smbungan entry hari tu... uruskan masa mudah/sukar??

 secara mudahnya, kalau kita dah cuba plan / rancang masa kita dgn baik, kadang2 ada masanya kita masih gagal menepati perancangan tu...ade byk faktor yg menyebabkan pengurusan masa kita gagal...jom kita tengok.....


(1) Cakap terlalu banyak- Adalah sudah menjadi lumrah manusia untuk bercakap lebih banyak berbanding melihat dan mendengar. Menurut pakar psikologi, kebarangkalian seorang yang suka bercakap untuk fokus melakukan sesuatu tugasan adalah lebih sedikit berbanding orang yang suka melihat dan mendengar. Ini secara tidak langsung akan mengganggu pengurusan masa yang telah anda rancang.






(2) Cuba untuk siapkan terlalu banyak tugasan- Anda perlu tahu bahawa tugasan kerja anda sebenarnya tidak akan habis. Rancang masa kerja yang ingin anda lakukan. Jangan cuba untuk lakukannya secara sekali gus. Ia bukan sahaja akan membebankan anda, malah ia turut akan menjadi penghalang untuk anda menikmati kehidupan yang lain.






(3) Kerja dalam keadaaan yang tidak teratur- Ini juga adalah merupakan faktor utama yang mengganggu pengurusan masa anda. Apabila anda bekerja dalam keadaan yang tidak teratur, anda tidak akan tahu bilakah sebenarnya tugasan anda akan selesai. Ia akan menyukarkan lagi untuk anda memperuntukkan masa terhadap tugasan yang perlu dilakukan.




(4) Banyak berangan- Mungkin ada sesetengah orang menghadapi kesukaran untuk mereka fokus melakukan sesuatu tugasan. Apabila mereka sedang melakukan kerja, dalam masa yang singkat mereka akan mula berangan. Ini akan mengganggu terhadap tugasan yang sedang dilakukan. Anda perlu bijak untuk menangani masalah ini.




p/s ::: ade byk lagi  sebab yg menjadi punca kegagalan pengurusan masa...apakata kita buat analisis berdasarkan jadual dan perancangan kita...lepas tu, kita ubahlah mana yg sebabkan kita  gagal...




Wednesday, March 14, 2012

Friday, March 9, 2012

dugaan dugaan dugaan

 






tak semua benda indah dlm hidup..ada yg diduga dgn macam2 dugaan...apa yg membezakan setiap insan adalah cara mengatasi dugaan yg menimpa...ada yg kuat dan tabah, ada yg jatuh xsempat nak bangkit bila ditimpa ujian...




kenapa nak cerita psl ujian, dugaan ni?



 


sebab skang ni aku tgh sakit gigi!!! dugaan betul...




 sesungguhnya sakit kat gigi tu adalah sgt sakit....huhu...menyesal jual mahal xnak balik rumah...kalau esok xok jugak, abah, sila amik anakmu yer...hahaha...




k bai...hahaha

Thursday, March 8, 2012

saya nak tudung bawal!

 
lama tak update blog bersawang ni...biasalah..org lain baru je mula sem baru, aku ni..dah nak mid break dah...lagi serabut biler pikir mid terms dah bersusun tunggu minggu last sebelum mid break!!! uwaaaaaa....





minggu ni xdpt lah kembali bersuka ria riang ria kat rumah...keje menimbun..ade satu keje tu, kalau lmbt hantar xpe, tp byr rm5 sehari...kalau lewat! ok nak jimat..hantar on time...hahaha....




bw td..nmpk ni..adik manis punya Cabutan Bertuah...entah aku ni bertuah ke tak...kalau nak tau kena cuba lah..ye dak...so meh kita cuba yer...hahaha....





 kalau nak join..meh singgah sini...senang je..xde syarat...just follow blog die jer...pastu tgk lah, bertuah ke idak kita ni...hahaha... klik sini



~selamat bertuah yer~




peace yo



 

Monday, March 5, 2012

Saturday, February 25, 2012

uruskan masa, mudah / sukar?







lama tak update...almaklumlah, xberapa rajin ni..skang ni ala-ala je..hahaha...meh kwn2..check it out menda alah ni



satu hari ade 24 jam...dalam 24 jam ni mcm2 kita boleh buat..tp kenapa ramai merungut (aku tak terkecuali) yg masa ni xcukup...sebab apa masa ni mcm xcukup je utk kita? adakah sbb masa ni mmg xcukup? atau kita tak pandai urus masa dgn baik? so, soalannya, mcm mana nak urus masa dgn  baik? dan pengurusan masa ni susah atau senang je? 


apakata kita cuba semua kat bawah ni...then kita tau lah senang ke susah...selamat mencuba!!!!



Tahu yang anda sebenarnya mempunyai masalah untuk menguruskan masa- Mengetahui bahawa anda mempunyai masalah pengurusan masa adalah langkah pertama untuk mengubah sikap anda. Berkemungkinan kadang-kadang anda akan terlambat untuk pergi bekerja/kelas atau menghadiri aktiviti sosial, tetapi ia seharusnya tidak berlaku pada setiap hari atau setiap minggu. Sekiranya anda masih melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali, ia bermakna anda masih tidak menyedari masalah anda.





Mengambil keputusan untuk berubah- Apabila sudah mengetahui masalah sebenar, anda perlu mengambil keputusan untuk melakukan perubahan di dalam hidup anda. Keputusan yang telah diambil perlu disertakan dengan tindakan untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, mungkin anda mengambil keputusan untuk tidak lagi datang lewat ke tempat kerja, ia juga perlu disertakan dengan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan anda datang lewat seperti tidur awal, kurangkan melepak bersama rakan pada waktu malam dan sebagainya.






Tetap dengan objektif anda- Usaha yang dilakukan untuk menjadi seorang yang lebih menghargai masa bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai. Berkemungkinan sebulan anda mampu untuk sampai kerja awal, tetapi selepas itu ia akan kembali seperti sedia kala. Anda perlu tetap dengan objektif kehidupan. Pastikan anda selalu mengingati tujuan hidup dan sentiasa berusaha untuk mencapainya. Lama kelamaan ia akan sebati dengan cara hidup anda.






Buat senarai tugas harian- Membuat senarai yang harus dilakukan untuk diri sendiri adalah cara yang mudah untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Catitkan apa yang harus anda lakukan sepanjang hari. Pastikan senarai tugasan yang anda lakukan mengikut terhadap kepentingan sesuatu perkara itu.






Peralatan pengurusan masa- Pasti ia merupakan satu kesukaran untuk otak anda mengingati segala tugasan harian yang perlu dilakukan.  Ia juga merupakan suatu perkara yang agak mustahil. Anda perlu bijak untuk menggunakan peralatan yang berada di sekeling anda dengan lebih baik. Sebagai contoh, pada zaman yang serba canggih ini, pasti setiap orang mempunyai telefon bimbit sendiri. Catatkan nota yang perlu anda lakukan atau gunakan sistem amaran peringatan(reminder) untuk mengingatkan anda melakukan sesuatu tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.






Bijak untuk menerima atau menolak suatu pelawaan-  Sudah pasti anda pernah mengalami situasi dimana anda sedang cuba menyiapkan kerja dan dalam masa sama rakan-rakan anda mengajak untuk keluar minum atau sebagainya. Anda seharusnya lebih bijak untuk menangani situasi ini. Anda perlu tahu kesan sekiranya anda menerima atau menolak pelawaan tersebut. Sekiranya anda menerima pelawaan tersebut tetapi ia akan menyebabkan anda terlewat untuk menyiapkan tugasan pada tarikh yang telah ditetapkan, anda dinasihatkan untuk menolaknya. Urus masa anda dengan lebih bijak.






Sistematik- Melakukan suatu tugasan dengan bersistematik dapat membantu untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Pasti sepanjang hari banyak perkara yang ingin anda lakukan selain bekerja sahaja seperti bermain dengan anak, keluar bersiar-siar dan sebagainya. Rancang masa anda dengan bersistematik supaya anda dapat menikmati kepelbagaian kehidupan harian anda. Ini juga dapat membantu untuk mengelakkan anda daripada melalui kehidupan yang membosankan.






Dapatkan bantuan pakar- Sekiranya anda masih lagi menghadapi kesukaran untuk menguruskan masa, anda perlu mendapatkan nasihat pakar. Berkemungkinan jadual pekerjaan anda yang terlalu padat memberi kesulitan kepada anda untuk merancang masa dengan lebih baik. Pakar sudah semestinya lebih mengetahui penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.




p/s ::: masa itu emas...tak mungkin boleh patah balik ke masa silam melainkan melalui kenangan..hargai masa, rancang ia dgn baik supaya kita tak menyesal nanti....

jom ramai-ramai pegi tengok brg baiikk

 


 Ekspo Buku Islam 2 @ Putrajaya




venue : Dewan Cempaka Sari Precint 3 Putrajaya
tarikh : 24 feb - 4 mac
masa : 10 am - 9 pm
 
jgn lupa singgah yer...  


peaceeeee

Tuesday, February 14, 2012

jom doa sebelum mula study..

 


mulakan dengan selawat dan akhirkan juga dengan selawat.  sebab selawat ni macam setem yang nak bawa doa ni ke langit...

jom semua...


“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang antara para penyayang .” (Al A’raaf : 151)

“…Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).” (Al Kahfi : 10)

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku.” (Al Qashash : 16)

“…Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” (Thaahaa : 114)

“Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau daripada bisikan-bisikan syaitan.  Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, daripada kedatangan mereka kepadaku.” (Al Mu’minun : 97-98)

“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku.  Dan mudahkanlah untukku urusanku.  Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku.  Supaya mereka mengerti perkataanku.” (Thaahaa : 25-28)

“Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Al Baqarah : 32)

“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” (Ali ‘Imran : 173)

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.  Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.  Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.  Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya.  Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (At Thalaaq : 2-3)

“Maha Suci Tuhanmu yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan.  Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul.  Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.” (Ash Shaaffat : 180-82)


p/s :: taken from [tunas] Hlovate

Thursday, February 2, 2012

tahukah anda.....

 




  • Ramai pemelihara kucing suka untuk melatih kucing mereka memakan pelbagai jenis makanan. Tetapi tahukah anda bahawa kucing mungkin akan sakit atau mati sekiranya anda memberi ia memakan coklat?
  • Kucing sebenarnya lebih suka berbaring daripada tidur. Ia hanya akan betul-betul tidur apabila mendapat ketenangan yang secukupnya ketika ia berbaring.
  • Mata adalah merupakan satu deria yang paling sering digunakan oleh kucing sebagai satu hubungan komunikasi terhadap kucing lain ataupun penjaga mereka.
  • Kucing tidak memahami sebarang bentuk hukuman sebagaimana manusia. Sebaliknya mereka perlu dipuji atau diberi ganjaran apabila melakukan sesuatu perkara yang diingini.
  • Memberi kucing anda memakan daging mentah sekurang-kurangnya sekali sehari dapat membantu untuk memlihara gusi dan menguatkan lagi gigi mereka.

Tuesday, January 31, 2012

alhamdulillah...amin..amin..amin

 



ya Allah..ku bersyukur dgn semua limpah kurnia-Mu...terima kasih ya Allah..ku mohon Kau berkati setiap perjalanan yg akan ku lalui esok, lusa dan hari mendatang....lindungi ku dari riak, takbur, hasad, dengki...permudahkan urusan ku ya Allah...berkati ilmu ku ya Rahman..ku bersyukur atas semua pemberian-Mu..aminnnnn





abah mama..anakmu tak de repeat mana-mana paper...anakmu sgt bersyukur utk semua doa yg abah mama titipkan...terima kasih byk berdoa utk kejayaan anakmu ini...
semua lecturer, terima kasih...anak muridmu berjaya kali ni...terima kasih yer lecturers....




skawan-kawan..terima kasih sebab berjuang sama-sama dgn aku...terima kasih utk semua kata semangat...terima kasih!!!!



p/s:::: teruskan berdoa & berjuang Amirah Anis... tidak ada kegagalan kalau sudah diiring usaha!!!!



Sunday, January 29, 2012

alamak!!! dah dekat!!

 




sekarang baru nak gelabah-gelabah...masa buat dulu tak fikir...sekarang baru terfikir..ape lah nasib aku ni...ok ke tak...macam-macam hal lah....
gelabah pasal ape pulak ni kan...


hari ni 29 januari..esok 30 januari...lusa 31 januari...(semua org dah tau lah!)
ade ape dgn 31 januari??? jeng jeng jeng....




yessssssssssss!!!!!!!!!!!!
result akan release 31 januari ni...ok ke tak? berjaya ke gagal?? ade repeat paper tak???
Allah...dah teras dah ni debarannya..bagai menunggu result AJL malam ni...(ade kena mengena ke...)










cuak lah..cuak...
kata dah buat yg terbaik...tp cukup terbaik ke??? Allah Tuhan...cuak ni...debar giler ni...



psssstttt ::: doakan boleh?? doakan semua paper PASS..tak de yg REPEAT...fyi...aku tak pernah repeat paper ok!!!! & tak de niat pun nak bg repeat mana-mana paper...

random - life and death

 




live a happy live...





life and death...it just between a line...
 doa itu penghibung paling kuat





percaya dengan janji Allah...





mood :: Schubert's Serenade




Saturday, January 28, 2012

psssttt...beli ape tadi????

 





shopping time!!!!! seronok gila!!!
sesungguhnya bagi mana-mana wanita / gadis, shopping adalah sangat best! oh ye, timaseh abah sbb bawak...hahaha




timaseh jugak kerajaan Malaysia bg aku voucher buku...sekarang dah tinggal 50 je...150 dah guna dgn jayanya, buat beli buku-buku...tambah ilmu walaupun bukan buku akademik...but still books for knowledge!!
tinggal 50 je voucher...plus dpt rm 5 from MPH sebab belanja lebih rm 100...





beli buku ape je tadi...1 novel sebab mmg dah tunggu lama betul nak beli..tp sebab ape ntah mmg lama sungguh xbeli novel...eh paham x?? hehehe...



its part of my habit to buy new books atleast once a year..tp entah sebab pe, last year mmg xde reward diri sendiri dgn buku...asyik beli brg-brg lain, mcm baju lah, kasut lah (ni paling byk!!!) , etc..



so dah dpt voucher guna wisely lah kan...tu pun still frust sebab target nak beli 2 novel, tp yg ade 1 je...




(1) Khulafa' Rasyidun & Daulah Islamiah
(2) Khutbah Rasulullah; Wasiat Agung buat Umat Tercinta
(3) novel Gurindam Jiwa sebab ade tulisan Hlovate




siapa Hlovate??? entah...tak kenal, tak pernah kenah, tapi berniat untuk kenal..sebab Hlovate & karyanya sangat menyentuh hati, sampai sesiapa yg baca tulisannya akan terdetik untuk belajar mengenali Allah dgn lebih dekat..kalau sekarang dah kenal, kita akan berniat nak lebih kenal...sampai jatuh cinta giler-giler kat Allah & agama....tu lah Hlovate...karya cinta berpaksikan Allah & agama...byk pengajaran..bahasa santai, sesuai jiwa remajalah...tambah-tambah yg baru nak 'up' tu...hahaha...






so, semua org...meh baca buku..bukan tulisan Hlovate je..mana-mana buku yg mengajak ke arah kebaikan dan ilmu agama, itulah yg kita kena baca..selain buku duniawi yg penting supaya kita tak kena tipu! ilmu itu penting yer semuaaaaaaaa....





p/s:::   ilmu pelita hidup...sebab??? tanpa ilmu gelap dunia, hilang arah & senang tertipu...untuk jadi org yg bijak pandai, kena ada ilmu...untuk ubah kehidupan jadi lebih baik, kena ada ilmu....


p/s:::  cari ilmu dunia, jgn abai ilmu akhirat...ingat Allah, Allah akan sentiasa ingat kita...



jangan sekadar renung, tapi beramallah....pesan kat diri sendiri dan siapa-siapa yg baca ni!!



Friday, January 27, 2012

stressss!!!!!

 




alamak!!!! tinggal semingu je cuti2 ni!!!!
stresssss!!! (Gary style...hehehehe)
hei lah...macam-macam...







tadi baru je habis tgk runningman episode 78..weeeeeeeeeeeee...nanti dah balik rumah kedua terchenta mesti xdapat tgk dah!!!! aiiiii stresssssss!!!!



pelik ke nak balik kampus dah??? xde pelik mana pun...uia mmg cuti kejap je...nak-nak pulak aritu aku abis exam masa last date exam tu...xke lagi rasa stressss!!! hahaha...



cuti 3 minggu ku bakal berakhir...apakah??
so..kena start packing barang dah ke???



nanti kita buat list items nak bawak balik eh...



oh ya...roomates sy bakal grade tahun ni..tahniah mereka!!!!!! (bukan dorg baca pun blog ni...heh)




p/s :::: dijangka habis degree 2014 ni...mak aiiiii semua pakat tnya bila nak habis...aku ni lagi stress bila org tnye bila nak habis! so jgn tnye eh!!! k bai!



'she' fell in love

 

she by Elvis Costello

 She
May be the face I can't forget
The trace of pleasure or regret
May be my treasure or the price I have to pay
She
May be the song that summer sings
May be the chill that autumn brings
May be a hundred different things
Within the measure of a day

She
May be the beauty or the beast
May be the famine or the feast
May turn each day into a heaven or a hell
She may be the mirror of my dreams
The smile reflected in a stream
She may not be what she may seem
Inside her shell

She
Who always seems so happy in a crowd
Whose eyes can be so private and so proud
No one's allowed to see them when they cry
She
May be the love that cannot hope to last
May come to me from shadows of the past
That I'll remember till the day I die

She
May be the reason I survive
The why and wherefore I'm alive
The one I'll care for through the rough and ready years
Me
I'll take her laughter and her tears
And make them all my souvenirs
For where she goes I've got to be
The meaning of my life is

She
She, oh she

Thursday, January 26, 2012

obsesi baru!

 





yesssss..sudah punya obsesi baru...obsesi lama masih diteruskan..cuma diperlahankan seketika...
yg lama bakal bersambung bila tiba masanya nanti...
sebab?
itulah namanya obsesi!!




apa obsesi baru?




menonton....
ye..menonton....
menonton apa???




"gemersik kalbu"
etiap isnin hingga khamis di tv3...




kenapa??

sebab ada sesuatu padanya yg membuat hati terbuai nak tonton setiap hari...
dan mungkin juga sebab hati dilambung angan dan cinta....
cliche...
biarlah...aku juga punya hati dan rasa...
tak gitu?





gemersik kalbu dan jalan ceritanya...
secara kasar...
kisah perhubungan antara seorang lelaki memikat hati seorang wanita...
macam-macam dibuat supaya wanita itu terpikat padanya, namun malang, cinta diberi tak bersambut..
jadi...dia usaha dengan cara lain..pada aku sangat kasar caranya sebab memainkan isu maruah dan harga diri...
apapun, si lelaki berjaya mendapatkan wanitanya...
dan kita harus tunggu dan lihat perkembangannya nanti...

mestilah..cerita baru nak mula...hahahaha

ok..




buat masa ni..tu je obsesi baru...

setiap isnin - khamis 7-8 pm tv3...aku xde share tau!




p/s :::: penulisan baru di blog ni... nota warna  nak berwarna...boleh???

aku dan kata

 




"pokok akan terus layu kalau tak disiram dengan air, begitu juga dengan hati, akan terus malap kalau tak dibaja dengan keimanan"




"bintang akan hilang sinarnya bila tiada cahaya memancar, hati akan hilang kejernihannya bila tiada imannya, hidup tak mungkin indah selamanya, bila kita tak bersyukur dengan pemberian-Nya"



Thursday, January 19, 2012

ketawa dan kelebihannya

 



 kita selalu ketawa kan??  mcm2 ragam & gaya masa kita semua ketawa..tp tahukah kita, yg ketawa tu ade kelebihan yg baik utk diri kita??




Mengurangkan stress- Kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stress dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk rawatan pesakit kanser dan HIV.




Memperbaiki aliran dan tekanan darah- Ketawa telah terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah. Selain daripada itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.





Merupakan senaman- Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.





Meningkatkan ketahanan tubuh- Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.





Menghilangkan kesakitan- Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.





Meningkatkan kemahiran bersosial- Perasankah anda dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan sebagainya. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.





Mengurangkan agresif- Dengan ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.





Memberi tenaga kepada organ dalaman- Seperti yang telah dinyatakan, ketawa akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stress dan secara tidak langsung merupakan salah satu senaman. Dengan kata lain, ketawa dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang anda lakukan dan memberikan tenaga terhadap organ-organ ini untuk berfungsi dengan baik.



so...ape lagi..jom ketawa!!! tp jgn ketawa tiba-tiba pulak yer...   :) 
peace yo....


p/s ::: aku tgk ombak rindu tak nangis pun...

misteri???

 

hello hello hello....lama sudah x bertemu kamu blog!! oh yes..ni tnadanya dah habis exam yer...habis sudah 1 sem yg panjang (sebenarnya mcm pendek je..kejap je dah naik 3rd year ni..sigh...)  1 sem ni jugak mcm2 benda jadik oiiii..hahahahaha
dan...lama jugak bercuti dr blogwalking ni..so..blog xjalan sb tuan die cuti2 jugak heh...hahaha...hari ni kembali secara rasmi at least sehingga sebelum jejak kembali uia techenta!!!! oiiiii yeah....



cuti xlama mana pun..tp still cuti jugak kan..happy ke cuti kali ni? hah! yg tu kena tunggu abes cuti baru tau...hahaha....harap-harap ade lah menda nak buat cuti ni...tp buat masa ni mmg malang lah jugak..duduk rumah je!!! huaaaaaaaaaaaaa....lg stress dr mse ade class!!! cis! haha



byk giler nak cerita kat blog ni...so kalau sudi, sila tunggu yer..dgn sabar...walaupun cerita tu xbest! hahaha...

till then...selamat hari rabu!!!


p/s ::: happy born day adinda ku...hahahaha