si cantik & si kacak

Friday, May 20, 2011

love being mself

oh Allah...
its been a very tiring week... n ever since the last time...

n its still me...
lazy as usual...

 nothing much to say...
love being myself...

*senyum*

Saturday, May 14, 2011

selamat pengatin baru anis farhan & amin (14th may 2011)

tahniah dan selamat melangkah ke gerbang perkahwinan buat sahabat, Anis Farhan & Amin...
semoga berbahagia ke akhir hayat..saling sayang menyayangi, percaya & paling penting, setia...

semoga diserikan dengan cahaya mata, diikat penuh sayang..tanda cinta antara manusia...

~selamat pengantin baru~


Tuesday, May 10, 2011

Hadith 5 dari Hadith 40

" Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : 

" Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', 
 diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. 

Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : 

" Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "

ready to move..may allah bless the journey

assalamualaikum

mualai esok..
akan bergelar pelajar sekali lagi slps bercuti...
semoga perjalanan kali ni diberkati...diberi sokongan & juga doa...

semoga terus diberi kekuatan & ketabahan untuk menghadapi segalanya...
sesungguhnya, segala doa di pohon untuk memudahkan laluan ke arah kejayaan sempurna...

langkah kaki di atur sebaik jam menginjak ke angka 9 am...
moga terus berjaya mengorak langkah...
berjaya mengekal momentum...
berjaya berdiri di sepanjang laluan onak & duri...

mohon terus dikirim doa & dititip nasihat...

p/s:: mental ku..
tolonglah ready..aku tau mental nk cuti lg..
tp..ayuh bangkit..
kita berjuang semula!!!!

Monday, May 9, 2011

Aizat Amdan - Sungai Lui

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini ( 7x )



ni pn sgt best...sgt menggilai lagu ini~

dimana-dimana ning+jac+shila


Di mana di mana, di mana ku harus mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Hati ini, hingga sejuk terasa
Batin ini, ho oooo

Jangan jangan, jangan kau pergi
Jangan jangan, tinggalkan aku
Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A aa ah
Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku
Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku
Kini ku temukan, tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa
Batin ini…ho ooo
Jangan jangan, jangan kau pergi
Jangan jangan, tinggalkan aku
Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A aa ah
Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku
Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku
Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A aa ah
Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku
Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku
Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku
Ho o ho o o oooo Oh
*lagu yg sgt best...antara lagu duet yg terbaik...
nyanyian ning + shila + jac

Tanda-tanda kematangan diri

Assalamualaikum, berikut adalah tanda-tanda kematangan diri sebagai panduan untuk memotivasikan diri, InsyaAllah.

1. Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

2. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

3. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.


4. Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

5. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.


6. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

7. Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.


8. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

9. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

10. Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.


11. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

12. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

13. Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.


14. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

15. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.


16. Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.


17. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

18. Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

19. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

sumber::  http://www.facebook.com/note.php?note_id=301332155767#!/hyekal

Sunday, May 8, 2011

happy mother's day to all mothers...especiallt to my mama!



hari ini semua rakyat Malaysia bergelar Ibu, Mama, Mummy, Mak, Bonda, Umi & etc diraikan sempena sambutan Hari Ibu...
sambutan Hari Ibu biasanya disambut pd hari Ahad minggu kedua dlm bulan Mei...

suka dikongsi..hari Ibu bukanlah terhad pd 1 hari ini semata-mata, malah sewajarnya setiap hari adalah hari Ibu...


http://www.youtube.com/watch?v=rnztMhtUF6o&feature=share

best lagu ni...selamat hari ibu!

Friday, May 6, 2011

short semester

alhamdulillah...
selamat meng'add' subjek untuk short semester...
so akan kembali ke kuliah isnin ni... (9 mei 2011)
semoga dpt cemerlang...
insya allah...
jgn main byk..
good luck amirah anis!

Thursday, May 5, 2011

berjalan2 + penat...haha

assalamualaikum!

selamat petang...
aku baru je balik dr jln2 dgn adik aku...
huh
penat kot...
ye lah...
jln2 carik keja!!!
hahaha

ya Allah...
harap2 dpt lah mne2 keja tu...
aminnnn

Hadith 4 dari Hadith 40

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Wednesday, May 4, 2011

Hukum Melihat Lelaki ‘JAMBU’

“Hai..saya Amy..duduk la dulu Dik!!..kita sembang-sembang.”..Sambil mata Amy tajam merenung ke’AYU’an wajah Haikal.
Haikal berbaju t-shirt nipis dan ketat dari gedung ‘Topman’, bersarung jaket kelabu jenama ‘Philosophy’. Seluar yang agak skinny dan singkat itu menampakkan buku lali. Kasut yang dipakai bersama stokin yang tidak kelihatan itu menyerlahkan lagi ke’stylo’an Haikal.



Haikal bukan seorang yang ‘confuse’ dengan identitinya. Namun perwatakannya itu membuatkan mata Amy terjeling-jeling kononnya menundukkan pandangan.
Datang rakan-rakan Amy menyapanya…”OMG…Heii Amy..Udah2 la tuh. Meh la makan dekat sini dengan kami..Tapi, pandai jugak ko pasang pancing..umpan aper ko pakai..ni bukan siakap..ni ikan kelisa nih”…(kelisa itu merujuk kepada Haikal..)
Amy dengan bangga berkata…”Owh..”Walaupuuunnn”..tak hengen…KAU ADER?”…
(tak perlu diterangkan apakah status Amy, rakan-rakannya dan Haikal disini…mungkin single but not available kot)

Dalam Islam dibenarkan untuk lelaki sesama lelaki untuk bersalaman. Berasaskan kepada hadis Nabi SAW : “Bersalamlah nescaya kamu aan mengasihi sesama kamu”

Namun dalam persoalan yang lebih advance dari salam lelaki sesama lelaki seperti memeluk, mencium, mengucup dan sebagainya, terdapat perbahasan oleh para Ulama’.
Imam Abu Hanifah dan Muhammad bin Hassan Asy-Syaibani berpendapat makruh bagi seorang lelaki mengucup mulut, atau mengucup tangan atau dimana-mana anggota badan mahupun memeluk (ta’aanuq), lelaki yang lain. Mereka berdalilkan kepada riwayat ketika Rasulullah SAW pernah ditanya : “Adakah boleh mengucup antara satu sama lain?” Baginda menjawab : “Tidak.” Ditanya lagi : “Adakah bleh memeluk antara satu sama lain?” Baginda menjawab : “Tidak”. Ditanya lagi : “ Adakah boleh bersalaman antara satu sama lain?” Lalu Rasulullah SAW menjawab : “Ya”. ( rujuk Badai’e Sana’ei 5/124)

Namun pendapat Abu Yusuf juga fuqaha Mazhab Hanafi mengatakan tidak mengapa. Ia berdalilkan kepada riwayat Jaafar bin Abi Thalib ketika pulang dari Habsyah, Rasulullah SAW telah memeluk dan mengucup dahi beliau. Begitu juga riwayat para sahabat Rasulullah SAW apabila pulang dari musafir, mereka mengucup dan memluk antara satu sama lain.

Ianya seolah-olah terdapat perbezaan dari kedua-dua hadis berkenaan. Namun ia sebenarnya bukan satu kecelaruan. Syeikh Abu Mansur berkata, yang dimakruhkan memeluk ialah apabila berbuatan itu menyerupai perbuatan bersyahwat ketika berbogel. Tetapi apabila dalam suasana melahirkan hormat-menghormati, maka tidak makruh. Jika bertujuan melepaskan nafsu maka ianya jatuh haram.
Itu dalam persoalan memeluk dan mengucup sesama lelaki. Bagaimana pula dengan melihat lelaki ‘JAMBU’. Dalam bahasa Arab dipanggil lelaki ‘Amrod”. Rupa-rupanya sejak dari zaman ulama silam lagi masalah ini sudah muncul.

Lelaki ‘JAMBU’ ialah lelaki ramaja yang kelihatan agak ‘cantik’. Sebahagian ulama mengatakan ‘Amrod’ itu lelaki yang tidak mempunyai janggut dan misai. (kerana lazimnya Muslim itu memelihara janggut).
Dalam persoalan ini para fuqaha’ bersepakat mengatakan HARAM melihatnya dalam keadaan syahwat. (Rujuk Hasyiah Ibn Abidin, Nihayatul Muhtaj dan al-Mughni). Manakala melihat lelaki “JAMBU” tanpa perasaan syahwat dan tanpa unsur menimbulkan fitnah, para fuqaha’ berselisih pendapat :

1 ) Jumhur fuqaha (majoriti) mengatakan hukumnya HARUS. (rujuk al-Dur al-Mukhtar, Mughni Muhtaj, al-Insaaf ). Tetapi golongan al-Hanabilah berkata makruh sekiranya melihat secara berulang kali.

2 ) Pendapat yang rajih dikalangan  Syafi’iyyah berkata, HARAM melihat secara mutlak. (rujuk al-Iqnaa’, Kifayatul Akhyar ) Pendapat ini juga disokong oleh Syeikh Ibn Taimiyyah dari Hanabilah.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa kehadiran lelaki ‘JAMBU’ dihadapan kita boleh melibatkan persoalan hukum yang sudah lama dibincangkan oleh ulama.
Bagaimana pula dengan kes jika tidur bersama. Tidur sekatil lelaki sesama lelaki.
Dalam kes ini, ulama melarang lelaki sesama lelaki tidur secara bogel di dalam satu pakaian, atau selimut mahupun sekatil bersama, Walaupun kedudukan antara mereka itu berjauhan. Sekiranya berpakaian dan tidur bersama dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah maka ianya diharuskan. (rujuk Nihayatul Muhtaj, Qalyubi wa ‘Umairah). Dalil jumhur fuqaha ialah berdasarkan kepada hadis Abu Sai al-Khudri katanya, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Lelaki janganlah melihat aurat lelaki, dan wanita janganlah melihat aurat wanita. Lelaki jangan bersekedudukaan dengan lelaki dalam satu pakaian, dan wanita jangan bersekedudukan dengan wanita dalam satu pakaian. “  ( RIwayat Muslim )

Wow…rupa-rupanya dalam berinteraksi dengan lelaki ‘JAMBU’ pun sudah lama dibincangkan oleh ulama’ silam. Kita mungkin menganggap biasa. Kerana mungkin tiada nafsu atau syahwat jika sesama lelaki. Namun, jangan dipandang enteng. Sekiranya para ulama menggariskan panduan bagaimana berinteraksi dengan lelaki ‘JAMBU’, maka sudah pasti ada yang tidak kena dalam isu ini.
 
Kepada lelaki yang merasakan anda itu cukup “JAMBU’…berhati-hatilah dengan mata ‘sang Arjuna’…Kerana bukan semua durian yang berduri itu sama isi dalamannya. Yang pasti…Aku tidak ‘JAMBU’..hehehe

artikel dipetik daripada : http://www.imamudasyraf.com/v1/

Hadith 3 dari Hadith 40

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

fed up nye!!!!!

ya Allah...
Kau berikanlah aku kekuatan menghadapi ragam manusia..
sesungguhnya..
aku hanyalah insan yang lemah...
tegar menurut kata hati...

ya Allah...
lembutkanlah hatinya...
untuk mendengar kataku...
supaya kelak dia tak menyesali segala tindakannya...
supaya tak salah percaturannya...

ya Allah...
ampunkan segala kekasaranku terhadapnya..
sesungguhnya..
aku berniat demi kebaikan...
bukan untuk menunjuk kepandaian atau kehebatan..,

ya Allah...
tabahkan, redhakan, tiupkan...
segala payung2 rahmat-Mu...
segala ilmu-Mu...
segala pengetahuan-Mu...

Kau lindungilah diriku..
dari segala perbuatan riak  & takbur...

hanya pada-Mu aku memohon...
hanya Kau yang Maha Esa..
Maha Mengetahui...
Maha Agung...

Amin ya Rabb Al Amin...

alhamdulillah..thank you Allah!!!

 hari ni result student iium pn keluar secara rasminya...
seperti entry kt atas, mmg aku bersyukur..sgt lah bersyukur...

Alhamdulillah...
thank u Allah...
thank u Abah..
thank u Mama....

secara kasarnya...

aku da usaha...n atas usaha tu aku bersyukur dgn result yg aku dpt...sbb itulah tanda usaha aku...
jujurnya...
usaha tu terlalu kurang sbb aku yakin, aku blh buat yg terbaik lg...
lebih baik dr yg ni...

apapun...
cabaran diri sendiri...
aku akan all out next semester(bln 9 ni)

semoga bkn sekadar berkata2...
malah, disusuli dgn usaha berterusan (istiqamah), doa & tawakal...

insya allah...
ade jalannya....


 p/s::> check result kat sini

ONE MILLION YOUTH GATHERING-HARI BELIA NEGARA 2011 COMMITTEE RECRUITMENT

layari website ni..
khas utk student iium...

Perkataan Syukur Yang Dilupai

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!

Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta'ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia.. negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:
"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"
Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..
Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, "Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!"
Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na'uzubillah..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..

Artikel iluvislam.com

kenali anak kedua...

ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri

PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah

PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas....

Hadith 2 dari Hadith 40

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : 

Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? 
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan       bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. 
Sipemuda : Benar katamu. 

( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) 

Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? 
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya. 
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? 
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau. 
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. 
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya. 
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? 
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.

( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) 

Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. 
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

Tuesday, May 3, 2011

serabut lah!!!!

*bengang*

ok..bengang yer..sgt lah..
xpatut betul...
ape igt aku xde keja?

nk urus kau je?
kau budak sgt ke?

fed up nye...semua nk suruh aku...
bkn nk ungkit or xikhlas...
tp cuba masing2 amik berat jgk..
bkn aku je yg blh settle mslh...
bkn aku je xde keja...

yg ade keja pn blh jgk tlg amik berat!!!

ok...bye!!

out of my face!!!

berdebar!!!

*senyum*

apelah yg buat aku berdebar ni kn??
sesungguhnya sgt lah berdebar!!!!!
cuaknye....takutnye...gelabahnye...

xpe2..doa dulu...

Ya Allah...
Kau mudahkanlah segala urusanku...
Kau lindungilah hatiku dr segala ketakutan keterlaluan...
sesungguhnya pada-Mu aku memohon...
Kau yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-Mu...
aminnn Ya Allah...

p/s:: berdebar tunggu result esok...(4 may 2011, 5pm)

dah boleh buat semakan adik2 lepasan stpm

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;
  1. Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2011.
  2. Secara sms dalam format MOE<jarak>T6<jarak>KP<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran Tingkatan 6

  • Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 9 Mei 2011
  • Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.

Rayuan Tingkatan 6

  • Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.
  • Syarat-syarat untuk membuat rayuan belum dimaklumkan tetapi sebagai panduan umum boleh rujuk yang dikeluarkan tahun lepas di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6

Pertukaran Jurusan

  • Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
  • Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan. 

Pertukaran Sekolah

  • Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  • Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

  • Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus PLKN dan telah mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.

Matrikulasi

  • Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

Maklumat

p/s :: stpm best lah..so kalau dpt...silalah pergi...haha... selamat berjaya!

perkongsian

Salam ikhwah dan akhawat fillah..

Kdg2 kita rasa gerun dan takut untuk masuk ke dalam rumah yang usang dan sudah lama ditinggalkan org..tanpa cahaya mentari yang menyinari dalam ruangan rumah tersebut,cukup menjadi penyebab kita untuk tidak masuk ke dalam rumah tersebut. Pada pandangan kita rumah2 terbiar seperti itu hanyalah menarik perhatian 'tetamu yang tak diundang' seperti penagih dadah dan sebagainya. Akhawat, bagaimana pula dengan hati dan iman yang sudah lapuk dan usang? Tidakkah ia seperti rumah yang terbiar itu? Tanpa pembaik pulih? Menarik maksiat dan perkara yang melalaikan untuk masuk ke dalam hati seterusnya dalam diri..tanpa kita sedar,tanpa pembaikan pulih iman yang usang akan terus mati seperti rumah usang yang hanya tunggu saat menanti roboh.hamba yang benar2 mengakui cinta kepada Sang Pencipta xkan pernah membiarkan imannya terus usang dan xberfungsi kerana dia tahu seandai imannya usang dan xberfungsi,maka hilanglah nikmat cinta itu.tak semudah itu dia akan membiarkan nikmat Cinta Ilahi terus pergi..TIDAK SAMA SEKALI!!jd,akhawat fillah,marilah kita bersama2 bermujahadah memperbaharui iman kita agar ianya sentiasa yaziid..insyaAllah (peringatan terutama untuk diri sendiri yang terkadang leka dan alpa)


MEMPERBAHARUI KEIMANAN YG USANG

ان الايمان ليخلق في جوف احدكم كما يخلق الثوب
فاسٲلوا الله ان يجدد الايمان في قلوبكم
“Sesungguhnya iman dlm hati salah seorg antara kamu akan usang dan lusuh spt usang dan lusuhnya pakaian.
Oleh itu, mohonlah kpd Allah agar Dia memperbaharui iman dlm hatimu.”
[HR at Thabrani]

Penilaian:
As Sayuthi – Hasan, Al Albani – Shahih

Sekilas
Hati: Cahaya / gelap
Akan menjadi gelap / lusuh spt pakaian
Menyebabkan xmampu / xmahu tingkatkan amal, cegah drpd perkara makruh.

Nilai Ruhiyah:
1. Hal Menyebabkan Usangnya Iman:
• Tinggalkan tilawah al Quran
Atsar: Seperti rumah reyot
HR al Bazzar: Rumah dibacakan Quran, melimpah kebaikan. Rumah xdibacakan, sedikit kebaikan.
• Jarang zikir, malas2 ibadah
[4:142] Org Munafik menipu Allah. Tidak menyebut nama Allah kecuali sedikit.
• Sibuk duniawi
Mengejar harta, hati terfokus pada dunia.
[Sahih] Allah turunkan harta utk tunaikan solat dan zakat. Jika ada satu lembah emas, nak 2.
• Cinta anak / isteri lebih2an
Habiskan byk masa, berat berdakwah.
[HR Ahmad] Abu Hurairah tny kenapa berubah apabila x di sisi Rasulullah
[HR Thabrani] Anak menyebabkan kikir, pengecut, jahil, mudah sedih

2. Petanda Usangnya Iman:
• Malas beramal
Solat terlambat, fikiran melayang, xberi kesan
• Tinggalkan amalan sunat
Alasan: Dosa xdikira
• Tinggalkan bacaan al Quran
Xhayati, xmenangis, xterpengaruh, xmasuk hati
• Jarang zikir dan doa
Baru sikit, dah habis
• Memandang perspektif dosa / xdosa
Lakukan syubhat, makruh
[HR Syaikhan] Masuk syubhat, masuk haram
• Banyak lakukan amal sia2
TV, pesta, langsung xberi manfaat pd iman
• Lemah tanggungjawab keimanan
Xda ghirah Islam utk baiki, dakwah
• Bertambahnya angan2 duniawi
Fikirkan kesenangan, berbelanja, makan
• Ego
Xpeduli org lain, penting diri

3. Hal Dapat Memperbaharui Iman:
• Berdoa agar diperbaharui iman
[HR at Thabrani]
• Banyakkan La Ilaha Illa Allah, selami makna
[HR Ahmad] Baharui iman, banyakkan La Ilaha Illa Allah
• Banyakkan tilawah
[HR Baihaqi] Hati berkarat macam besi. Cara hilangkan: Tilawah Quran
• Banyakkan zikir
Abu Darda: Setiap benda ada penerang. Penerang hati, zikrullah.
Ibn Umar: Setiap benda ada pengilap. Pengilap hati, zikrullah.
• Istiqamah realisasikan amal
[HR Muslim] Ucapan xperlu ditanya selain kpd engkau
[Sahih] Xistiqamah iman sehingga istiqamah hati. Xistiqamah hati sehingga istiqamah lisan
• Sentiasa istighfar / taubat
[HR Ibn Majah] Org bertaubat seolah2 xpernah miliki dosa
Dosa xsengaja
Rahsia Rasulullah jadi paling mulia, Istighfar ≥100

(sumber dipetik daripada :  http://www.facebook.com/note.php?note_id=414640394112  )

hadith 1 dari hadith 40

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:- 
'Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya.  Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya.  Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya'.

 mari kita renungkan hadith pertama dari rangkaian hadith-hadith Nabi Muhammad SAW.  

benarlah apa yang dikatakan...setiap yang kita lakukan, adalah berpaksikan niat..andai salah niat, maka tersilaplah percaturan di akhirat kelak...
begitu juga dalam membuat penghijrahan.. 
"Sebagai orang awam, termasuk saya, apa yang kita pahami sebagai hijrah adalah sebuah kegiatan pindahnya Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah dengan tujuan mempertahankan akidah islam. Namun, ternyata, terdapat hal-hal lain seputar Hijrah yang juga mencirikan makna hijrah.
Menurut DR. Quraish Shihab (pengarang tafsir Al-Mishbah),
(gambar dari Google)
  • kata "Hijrah", digunakan untuk mengistilahkan perpindahan suatu kaum/individu dari satu hal yang sifatnya buruk kepada hal lain yang sifatnya baik. Pengertian ini berlaku kepada kegiatan pindah tempat mahupun pindah kelakuan. Contoh hijrah yang paling popular adalah peristiwa Hijrahnya Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Contoh lainnya adalah taubatnya seseorang. Jika seseorang telah bertaubat, dengan taubat nasuha, ini pun dikategorikan kepada kegiatan hijrah, berpindah dari suatu kondisi buruk kepada kondisi yang baik.


  • Al Qur'an telah berjanji untuk memberikan kelapangan bagi siapapun yang berhijrah. namun, kelapangan yang akan diberikan Allah hanya berlaku bagi orang yang secara sungguh-sungguh melaksanakan Hijrah.

  • Sebelum hijrahnya Nabi SAW, Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW pun melaksanakan Hijrah. Misalnya, Hijrahnya Nabi Musa AS beserta kaumnya dari Mesir ke Palestina. Namun, hasil dari hijrahnya Nabi-Nabi terdahulu berbeza satu sama lain. Hal ini disebabkan oleh perbezaan usaha yang dilakukan oleh masing-masing Nabi. Hijrahnya Nabi Muhammad SAW dilakukan dengan perencanaan yang matang, dan dilakukan secara sembunyi-sembunyi serta bertahap. Nabi Muhammad, sebagai pemimpin, justeru yang terakhir melakukan hijrah. Beliau berangkat ke Madinah bersama sahabatnya, Abu Bakar As-Siddiq. Meskipun mengalami berbagai rintangan, Nabi Muhammad SAW tidak gentar sedikitpun. Bahkan, ketika mereka berdua bersembunyi di gua, Nabi Muhammad SAW menenangkan Abu Bakar dengan berkata : "Sesungguhnya Allah Bersama Kita". Dan buah dari perencanaan serta kebersamaan yang tercermin dari ucapan beliau "Sesungguhnya Allah Bersama Kita", hijrah Nabi berjalan sukses. "
( sumber dipetik daripada:  http://mmishbah.blogspot.com/2008/02/makna-hijrahhasil-resume-kuliah-bersama.html )
berdasarkan perkongsian, jelas dilihat erti hijrah sebenarnya mendorong perubahan atau anjakan ke arah kebaikan... dan jelas, sebaik2 penghijrahan adalah dari hati kerana Allah semata2..dan bukan untuk mengejar dunia atau manusia.. ingatlah..kita hanyalah menumpang dan meminjam bumi ciptaan Allah...
Marilah sama2 mengagungkan Allah yang Maha Esa.. sesungguhnya, tiada yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui melainkan-Nya

p/s: peringatan buat diri sendiri juga...

Monday, May 2, 2011

hari yg panjang

*senyum*

hari ni sgt panjang...caused me so tired....
penat xterkata...
tp suasana tu, pengalaman tu...xde bayaran nye!
kasih syg nye...xdtg selalu!
sy syg semua family member sy!!!!

kejadiannya~
makteh n family nye gather kt umah sy! sje je...kebetulan cuti pjg n nk amek zati (my lovely cousin) kt uitm pilah... semua gather, then p lah umah ayah long..sembang, mengumpat, mengutuk & cuba carik jalan penyelesaian pd sebuah mslh keluarga!

then memasak for lunch!
oh Allah..penatnye...
dinner pn aku masak as semua nye mengada2 nk mkn spagetti instant!
kenalah p kedai mencarik bahan2 nye...
sambil belajar buat kek batik yg sgt lah simple!
credit to my sister! 
oh yeah~

so..penat x? sepatutnya xde lah penat sgt..drama je lebih...hahahaa
nk cerita lg..
pasal drama Juvana siaran TV3..isnin 9pm...
oh yeah

mengasah minda dan akal berfikir nmpknye..
bgs lah..da agak lama tinggal dunia motivasi dan pengetahuan kaunseling!
jadiknye..segala ilmu akan di apply selagi tgk cerita tu!

cerita tu best..harap dpt buka minda dan pemikiran masyarakat ttg menjaga hubungan dan mendidik anak muda yg punya masalah...
insya allah~




ok...tmbh lagi~
pasal SRC IIUM...

sy ade apply utk jadik subcomm SRC IIUM..
n Alhamdulillah...dpaatlah jdk Subcomm PR...or known as Public Relation...

alamak...cm sme je dgn trip p Perlis aritu.... hoho...
pengalaman baru kn?

terima seadanya~

so sempat lah berchatting dgn Mr.President SRC IIUM td...
oh glad that he is so good n nice..
harap2 dpt lah kerja dgn baik  nati...
insy allah~

aminnnnnn

ok lah....
abis sudah coretan mlm ni...

~assalamualaikum~






Sunday, May 1, 2011

pagi yang indah

assalamualaikum dunia....

Allah masih beri kita nyawa, ruang dan peluang utk bernafas di muka bumi ciptaan nya!

alhamdulillah..thank u so much dearest Allah~


today...
rasa mcm nk ikut Teh p amek Zati lah! ahahaha
tp takut xmuat keta as brg makcik tu byk sgt!!!muahahahaha....
ampun mek!

ok...nati ade entry best, i will write!

assalamualaikum...

*senyum*

terbaik utk yg terbaik!

assalamualaikum~
salam sejahtera~
selamat malam!
opppssss....
selamat pagi lah!!!

aku baru je balik rumah slps selamat pergi  menonton seni persembahan kawad kaki...
oh ha??

oh yes!
kawad kaki "tatu PDRM" kat Stadium Merdeka..

dgn sape??

ha.... dgn yg tersayang lah!!!!

muahahahahahaha.....

dgn family terchenta!!!
kelurgaku adalah yg terbaik!!!
oh yes~

thank u so much abah sbb ajak & bawak anakanda2 mu pergi...
n melayan kerenahku yg kelaparan walaupun slps mem'baham' sebijik burger!!!
hahaaa



anggap cam supper lah yer abah~

xde pic as ktorg pn xde nk amek gmbr + camera xde~!!!

but...
the experience is more important than a pic!!

really enjoy the  night watching people from PDRM showeing us the best performance!

called 'kawad tanpa arahan', 'kawad patung', pasukan akrobatik PDRM & pasukan comando 69 PDRM...

terbaik lah...
swear~

*senyum*