si cantik & si kacak

Monday, August 1, 2011

permainan dunia

itu telah berlaku..
tak kan ada sesiapa, atau apa sekalipun..
yang mampu merubah setiap yang tersurat..

mungkin telah tersurat..
mungkin juga kebetulan...

masa tak kan dapat di putar...
masa tak kan dapat di undur...
masa sentiasa ke depan...
sehingga ada ketikanya...
masa bagai berlari memecut laju ke penamat...

aku, kau dia, kamu, mereka...
sama-sama berjuang..
pada paksi yang sama...
berjalan menuju destinasi yang sama..
dunia hakiki...
itulah perjalanannya...

setiap yang berlaku...
akan terus berlaku...
akan tetap berlaku..
kerana itu takdirnya...

aku, kau dia, kamu, mereka...
tiada yang mampu merubahnya...
kerana semua telah tertulis...
sejak azali...
sejak sebelum kau mengerti...

itulah hakikat yang harus ditempuh...

bukan semua laluan di pilih...
penghujungnya manis belaka...
ada yang terpaksa berakhir dengan segala kepahitan...
itulah dunia..

mengenal dunia sebenar...
aku katakan dengan mengenal manusia...

ya...manusia...
lebih tepat...
ragam manusia...

ada yang lidah bertulang..
ada yang bercabang..
ada yang manis dipandang..
ada yang pahit ditentang...

tapi...itu semua kebenaran...
mata yang menilai semata-mata...
mungkin merosakkan penilaian...
hanya hati sahaja menilai ...
mungkin mengubah semua penentuan...


justeru...
setiap itu...
dinilai bukan hanya berpaksikan penglihatan...
semata-mata...
namun...
sudah tiba masanya..
hati dijadikan pendukung bersama...

setiap yang kau nilai...
ada harganya...
salah penilaian...
maka...
besarlah jumlah bayarannya kelak...

berfikirlah, nilailah...
sebaik-baiknya...
supaya..
pabila masanya tiba...
aku, kau, dia, kamu, mereka...
mampu bertindak sewajarnya...


p/s ::::: hanya hati dan jiwa berkata-kata





1 comment:

Assalamualaikum..
Tinggalkan Comment Anda Di Sini Yer..
Timaseh!!