si cantik & si kacak

Friday, July 1, 2011

menolak sebarang bentuk perhimpunan...halal mahupun haram...

terdetik rasa hati nak menulis sesuatu ttg perhimpunan hangat yg bakal berlangsung xlama lagi...seperti entry diatas..sy secara peribadi, menolak sebarang bentuk perhimpunan..tak kira sama ada halal atau haram...

perhimpunan halal? sy kira, adalah satu perhimpunan yg kononnya dibenarkan, mendapat permit, dan dijanjikan tidak berlaku sebarang masalah, serta dijalankan secara aman..

sementara,

perhimpunan haram adalah, yg mendapat tentangan, tidak dibenarkan dan tidak diluluskan permohonan permitnya, dan byk lagi isu berbangkit dikaitkan...

sekali lagi sy tegaskan, sy menolak sebarang bentuk perhimpunan...terutamanya perhimpunan yg bakal berlangsung pd 9 julai akan dtg ini..

kerana???

kerana perhimpunan BERSIH 2.0 akan bertembung dengan perhimpunan PATRIOT serta beberapa perhimpunan lain..

ada peserta perhimpunan ini mengatakan mereka sekadar ingin berhimpun secara aman, di atas jln raya...kerana memudahkan urusan perhimpunan utk menuju ke Istana Negara menyerahkan tuntutan mereka...ada juga menyatakan, perhimpunan ini berbentuk aman, tanpa ada unsur campur tangan pihak luar..sy tidak ingin menyentuh isu tersebut...

kerana pd sy, sekiranya ada 2 perhimpunan berlainan agenda, berada di atas jln yg sama, serta masing2 mempunyai ruang dan peluang utk melakukan sebarang bentuk provokasi jalanan...maka, akan berlakulah pertembungan seterusnya menyebabkan berlakunya rusuhan..kerana pd permulaannya, kuasa mulut lebih hebat dan cepat..ditambah semangat darah muda yg kurang kesabaran dan kematangan..

setiap bentuk provokasi, dari sekecil-kecilnya, sehinggalah sebesar-besarnya, akan memudaratkan mereka yg berada di sekeliling, yg tidak terlibat dgn isu ini...

justeru itu, sy memohon sebarang bentuk perhimpunan ini, dihentikan segera bukan utk menghalang tuntutan disampaikan, tetapi utk menyekat dan menghalang sebarang bentuk provokasi dan pertembungan antara kumpulan-kumpulan yg berbeza ini...

serta, sy memohon kpd semua yg membaca, jangan hampiri kawasan perhimpunan dan sekitarnya, utk mengelakkan anda menjadi mangsa, andai berlaku pertembungan tersebut...

kpd yg bekerja dikawasan tersebut, fikirlah sewajarnya apa yg anda harus lakukan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di sana nanti...lindungi diri anda sebaiknya...

kpd org awam yg tidak punya sebarang agenda pd hari tersebut, kawal diri anda...jangan rajinkan kaki melangkah ke kawasan terbabit, utk mengelakkan anda dpd menjadi mangsa, atau mengelakkan anda berada pd waktu yg slh, ditempat yg slh...

kpd yg biasa menggunakan laluan tersebut utk urusan seharian, sila gunakan jln alternatif lain...


sekian, terima kasih..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Tinggalkan Comment Anda Di Sini Yer..
Timaseh!!