si cantik & si kacak

Thursday, August 11, 2011

putus cinta?? tips..


assalamualaikum
salam ramadhan



hari ni aku dpt tahu, seorang sahabat aku terputus hubungannya dgn kekasih hati...dulu, kami kawan-kawan tgk dorg ni happy, bahagia...

namun, sesuatu berlaku...mereka terputus di tengah jalan...
sedihnya masa tahu cerita ni...mungkin benar, bukan jodoh mereka...




apa yg lebih buat aku sedih, sahabatku ini, sgtlah terluka dgn hakikat ni..ye lah..dulu, die pernah terluka kerana perkara yg sama...sekarang pn jadi jugak...hmmm..bukan jodoh die kan..nak buat mcm mana kan...


korg pernah putus cinta?? sakit sgt-sgt ke?? sakit mcm hilang parents ke?? 


sorry lah...sejujurnya, setakat cinta monyet-monyet, takat jatuh hati, syok sendiri...tu aku pernahlah...utk putus cinta in real, sumpah belum..dlm erti kata lain...aku tak pernah alami putus cinta gila-gila....jadi..pada aku...susah nak ckp...


dulu..ramai kawan-kawan selalu tanya psl putus cinta...contoh soalan dorg::::
  • apa aku ptt buat? (sekali dgn air mata)
  • aku syg gila kt die..kenapa die buat aku mcm ni?? (nangis lagi)
dan..byk lagi....

soalan aku lah kan...
sakit putus cinta ni, sama ke macam hilang mak abah??
sebab pada aku, kat dunia ni, hilang mak abah lah paliiiiiiiiiiiiinnng sakit....
(dlm konteks aku lah, hilang tu termasuk org mengata mak abah kita, mak abah kita sakit ke, etc)

fikir-fikirlah...pada siapa kita patut bergantung kalau bukan pada Allah...sebab Allah lah yg tak kan pernah meninggalkan kita...


so..korg rasa???


pengalaman aku xbyk psl bercinta...jadi...nak komen byk2, sgt susahlah..cuma..apa yg aku boleh ckp...sabarlah...itu bukan jodoh anda...Allah tak kan menguji hambaNya yg lemah, Dia hanya menguji hambaNya yg kuat...setiap ujian yg Allah beri pd kita, kita kena redha...kesakitan hati ni boleh kita ubat dgn lebih dekatkan diri dgn Dia..kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap yg terbaik utk kita...



p/s::: sahabatku..aku mahu kamu kuat...wanita terlalu ramai di dunia...andai die bukan takdirmu, pasti Allah menyediakan yg lain untukmu...pasti Allah menganugerahkan yg terbaik untukmu..bersabarlah..jangan kamu menyalahkan takdir yg Allah telah tuliskan..sesungguhnya apa yg kita rasakan terbaik untuk kita, mungkin bukanlah yg terbaik untuk kita, dan apa yg kita rasakan kurang baik untuk kita, mungkin adalah yg terbaik untuk kita...




sebelum tinggalkan korg semua..aku nak share ni...semoga jadi panduan kita semua...semoga semua, baik aku, mahupun korg..akan terus tabah...bukan setakat keadaan putus cinta, tapi segala keadaan...insya Allah...
 
TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:

kpd yg putus cinta..boleh amalkan doa ni..semoga kekecewaan korg terubat...insya Allah...


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan Allah



2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  Anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah korg dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik,kezen, etc. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Kalau korg tak sanggup buang kenangan korg berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan korg supaya korg tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit korg



5. Sibukkan diri – Buat apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian korg supaya korg tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

boleh shopping...
holiday pn boleh jugak...

 
study pn ape slhnye...
 
 
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk korg. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta korg tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan korg sebagai seorang Islam. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu korg akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.



dan....

kpd yg nk cari jodoh baru...boleh amalkan doa ini pulak..selamat beramalk yer...




*salam Ramadhan*


2 comments:

  1. ada hikmah disebalik putus cinta..mungkin Allah nak beri tahu c dia tdak sesuai untuk kita

    ReplyDelete
  2. itulah...mungkin ada yg lebih baik utk kita kan?

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Tinggalkan Comment Anda Di Sini Yer..
Timaseh!!