tiba-tiba rasa nak bercerita disebalik kesusahan hati buat keja sekolah...harini last cuti-cuti...mungkin lepas ni jarang dah dapat kesempatan bercuti dgn tenang...sebabnya?? menghampiri ke tarikh-tarikh akhir perjuangan semester ni...ya...kalau dilihat, semakin byk entry-entry tak membangun! hahaha...
berbicara soal bercerita, atau mengarang ni..tiba-tiba terlintas dibenak fikiran untuk memperkatakan tentang sesuatu yg mungkin common dalam masyarakat... sebab apa common?? sebab itulah fitrah kita sebagai manusia...sering terlepas pandang dalam menilai sesuatu perkara...
setiap manusia punya hati dan perasaan..tak lepas juga perasaan menilai dan dinilai...setaip manusia juga punya rasa ingin disayangi dan menyayangi.. dan, semua manusia punyai kegemaran tersendiri... favorite....
apa itu favorite???
favorite atau bahasa melayunya kegemaran.. apa yg dimaksudkan dgn kegemaran??
setiap dr kita mesti ada keinginan, atau kegemaran...macam aku, aku sgt gemar warna hitam, dan sekarang aku jugak punya kegemaran terbaru, masak-masak / buat kek...oh ya..aku TAK SUKA buat kuih / biskut..dgn alasan - sgt lambat nak siap okeh!!
begitu juga dgn ibu bapa...mereka juga punya anak kegemaran dlm kalangan semua anak-anak...mungkin betul, dan mungkin juga tak betul...
kebiasaannya, semua ibu bapa akan terlalu sayang kat anak pertama dan terakhir... rasionalnya ialah, anak pertama adalah anak yang didambakan, yang terlalu dinanti, dan diingini... sementara anak terakhir adalag anak yang sentiasa menjadi peneman kepada mereka...ibarat kata, anak emas lah sebab dorang yang terkahir, jadi dorang always stick to their parents..dan anak terkahir ni jauh lebih manja berbanding anak-anak lain sebab mereka sahaja yang akan dapat lebih perhatian...
tapi ni semua normallah...sebab anak pertama adalah buah cinta ibu bapa...mestilah sgt dinanti bak menunggu bulan jatuh ke riba... *eh..betul ke....* dan anak terakhir adalah pelengkap cinta mereka.. *setuju?? clap..clap..*
bagaimana dgn anak kedua/ketiga/seterusnya....??? jom kita analisa sikit...
banyak pendapat mengatakan, anak kedua ni akan lebih banyak buat perangai dlm keluarga...kalau dlm adik beradik ni, anak kedua ni payah sikit nak jaga...banyak ragam... *betul ke???*
terasing?
Anak kedua atau anak tengah sering merasa terasing dalam keluarganya sendiri. Hal ini disebabkan anak pertama biasanya mendapatkan perhatian yang banyak dari kedua ibu bapanya sebab inilah pertama kalinya mereka memiliki anak. Dari sayang yang dalam ini, timbul tuntutan dari ibu bapa bahawa anak pertama harus berhasil, harus menjadi contoh adik-adiknya, harus ini dan harus itu. Oleh kerana tuntutan tersebut, segala hal tentang anak pertama jadi perhatian ibu bapanya. Anak terakhir juga lebih diperhatikan kerana selalu dianggap paling kecil dan harus dibantu dalam segala hal. Maka tinggallah anak kedua seorang diri.
berbeza?
Sebenarnya, diakui atau tidak, setiap anak selalu berjuang untuk memperoleh perhatian dari ibu bapa mereka. Dengan keadaan perhatian ibu bapa yang demikian, membuat anak kedua berfikir untuk melakukan sesuatu yang lain dari adik beradiknya. Jika adik beradiknya baik, maka anak kedua akan menjadi peribadi yang tidak menyenangkan dan pencari masalah. Sebaliknya, jika adik beradiknya tidak terlalu baik, maka dia akan berusaha sehabis mungkin menjadi peribadi yang sangat baik. Bahkan secara penampilan dan gaya hidup, mereka akan selalu mencari sesuatu yang berbeza dari adik beradiknya. Inilah yang membuat mereka berbeza.
Kreatif dan bebas??
Sering bersendiri dan bersemangat untuk melakukan sesuatu, membuat imagination anak kedua berkembang dengan baik. Pekerjaan seni dan yang memerlukan kreativiti sangat sesuai dengan anak kedua, namun mereka juga tidak mampu bekerja di bawah tekanan. Mereka sangat mencintai fleksibiliti, pekerjaan yang akan membuat mereka bebas mengekspresikan diri dan tidak terikat dari segi waktu maupun peraturan. Dalam sejarahnya, kebanyakan anak kedua selalu tidak mampu menyelesaikan sesuatu yang sudah dimulainya. Tidak menyelesaikan kerjanya, tidak menyelesaikan hasil kerja tangan yang dibuatnya, dan banyak lagi.
Friendly??
faham benar rasanya terasing dan tidak berkawan, anak kedua suka bekerja dengan orang lain dan sangat mencintai persahabatan. Mereka selalu berusaha menyenangkan orang lain dan menjadi pelekat persahabatan teman-temannya. Namun hal ini juga menyebabkan mereka tidak pandai dan tidak berani mengambil keputusan dalam segala hal, terutama yang menyangkut dirinya sendiri, kerana takut merugikan orang lain.
Bermasalah dalam hubungan??
Oleh kerana memerlukan perhatian yang besar, ketakutan untuk menjadi terasing dan juga hubungan dalam keluarga yang tidak baik, seorang anak kedua cenderung mempunyai masalah untuk membentuk keluarga dan dalam hubungan serius dengan pasangannya. Mereka akan menuntut perhatian dan selalu berprasangka bahawa mereka tidak diinginkan. lebih teruk lagi, mereka akan cenderung menyalahkan diri sendiri dalam segala hal.
dalam banyak hal..bukan semua yang diatas ni betul..dan bukan semuanya salah...ada yang menepati setiap peribadi anak kedua/ anak tengah/ seterusnya... sebagai anak kedua, mereka wajar berfikir secara rasional...tak kiralah kurang dapat perhatian atau pun tak, janganlah membuat onar dan membawa keburukan kepada ahli keluarga yang lain..dalam sesetengah perkara, tak salah kalau mengambil jalan mudah iaitu berdiam diri atau lebih baik, jangan cipta masalah untuk dapatkan perhatian...
semoga menjadi anak yang lebih baik... ^_^