si cantik & si kacak

Showing posts with label knowledge. Show all posts
Showing posts with label knowledge. Show all posts

Monday, November 28, 2011

anak kedua - disebalik ceritanya

 

tiba-tiba rasa nak bercerita disebalik kesusahan hati buat keja sekolah...harini last cuti-cuti...mungkin lepas ni jarang dah dapat kesempatan bercuti dgn tenang...sebabnya?? menghampiri ke tarikh-tarikh akhir perjuangan semester ni...ya...kalau dilihat, semakin byk entry-entry tak membangun! hahaha...



berbicara soal bercerita, atau mengarang ni..tiba-tiba terlintas dibenak fikiran untuk memperkatakan tentang sesuatu yg mungkin common dalam masyarakat... sebab apa common?? sebab itulah fitrah kita sebagai manusia...sering terlepas pandang dalam menilai sesuatu perkara...



setiap manusia punya hati dan perasaan..tak lepas juga perasaan menilai dan dinilai...setaip manusia juga punya rasa ingin disayangi dan menyayangi.. dan, semua manusia punyai kegemaran tersendiri... favorite....  


apa itu favorite???  
favorite  atau bahasa melayunya kegemaran.. apa yg dimaksudkan dgn kegemaran??



setiap dr kita mesti ada keinginan, atau kegemaran...macam aku, aku sgt gemar warna hitam, dan sekarang aku jugak punya kegemaran terbaru, masak-masak / buat kek...oh ya..aku TAK SUKA buat kuih /  biskut..dgn alasan - sgt lambat nak siap okeh!!



begitu juga dgn ibu bapa...mereka juga punya anak kegemaran dlm kalangan semua anak-anak...mungkin betul, dan mungkin juga tak betul...



kebiasaannya, semua ibu bapa akan terlalu sayang kat anak pertama dan terakhir... rasionalnya ialah, anak pertama adalah anak yang didambakan, yang terlalu dinanti, dan diingini... sementara anak terakhir adalag anak yang sentiasa menjadi peneman kepada mereka...ibarat kata, anak emas lah sebab dorang yang terkahir, jadi dorang always stick to their parents..dan anak terkahir ni jauh lebih manja berbanding anak-anak lain sebab mereka sahaja yang akan dapat lebih perhatian...



tapi ni semua normallah...sebab anak pertama adalah buah cinta ibu bapa...mestilah sgt dinanti bak menunggu bulan jatuh  ke riba... *eh..betul ke....*  dan anak terakhir adalah pelengkap cinta mereka.. *setuju?? clap..clap..*

 

bagaimana dgn anak kedua/ketiga/seterusnya....??? jom kita analisa sikit...



banyak pendapat mengatakan, anak kedua ni akan lebih banyak buat perangai dlm keluarga...kalau dlm adik beradik ni, anak kedua ni payah sikit nak jaga...banyak ragam... *betul ke???*



terasing?
Anak kedua atau anak tengah sering merasa terasing dalam keluarganya sendiri. Hal ini disebabkan anak pertama biasanya mendapatkan perhatian yang banyak dari kedua ibu bapanya sebab inilah pertama kalinya mereka memiliki anak. Dari sayang yang dalam ini, timbul tuntutan dari ibu bapa  bahawa anak pertama harus berhasil, harus menjadi contoh adik-adiknya, harus ini dan harus itu. Oleh kerana tuntutan tersebut, segala hal tentang anak pertama jadi perhatian ibu bapanya. Anak terakhir juga lebih diperhatikan kerana selalu dianggap paling kecil dan harus dibantu dalam segala hal. Maka tinggallah anak kedua seorang diri.



berbeza?
Sebenarnya, diakui atau tidak, setiap anak selalu berjuang untuk memperoleh perhatian dari ibu bapa mereka.  Dengan keadaan perhatian ibu bapa yang demikian, membuat anak kedua berfikir untuk melakukan sesuatu yang lain dari adik beradiknya. Jika adik beradiknya baik, maka anak kedua akan menjadi peribadi yang tidak menyenangkan dan pencari masalah. Sebaliknya, jika adik beradiknya tidak terlalu baik, maka dia akan berusaha sehabis mungkin menjadi peribadi yang sangat baik. Bahkan secara penampilan dan gaya hidup, mereka akan selalu mencari sesuatu yang berbeza dari adik beradiknya. Inilah yang membuat mereka berbeza.





Kreatif dan bebas??
Sering bersendiri dan bersemangat untuk melakukan sesuatu, membuat imagination anak kedua berkembang dengan baik. Pekerjaan seni dan yang memerlukan kreativiti sangat sesuai dengan anak kedua, namun mereka juga tidak mampu bekerja di bawah tekanan. Mereka sangat mencintai fleksibiliti, pekerjaan yang akan membuat mereka bebas mengekspresikan diri dan tidak terikat dari segi waktu maupun peraturan. Dalam sejarahnya, kebanyakan anak kedua selalu tidak mampu menyelesaikan sesuatu yang sudah dimulainya. Tidak menyelesaikan kerjanya, tidak menyelesaikan hasil kerja tangan  yang dibuatnya, dan banyak lagi.





Friendly??
faham benar rasanya terasing dan tidak berkawan, anak kedua suka bekerja dengan orang lain dan sangat mencintai persahabatan. Mereka selalu berusaha menyenangkan orang lain dan menjadi pelekat  persahabatan teman-temannya. Namun hal ini juga menyebabkan mereka tidak pandai dan tidak berani mengambil keputusan dalam segala hal, terutama yang menyangkut dirinya sendiri, kerana takut merugikan orang lain.

 

Bermasalah dalam hubungan??
Oleh kerana memerlukan perhatian yang besar, ketakutan untuk menjadi terasing dan juga hubungan dalam keluarga yang tidak baik, seorang anak kedua cenderung mempunyai masalah untuk membentuk keluarga dan dalam hubungan serius dengan pasangannya. Mereka akan menuntut perhatian dan selalu berprasangka bahawa mereka tidak diinginkan. lebih teruk lagi, mereka akan cenderung menyalahkan diri sendiri dalam segala hal.
 


dalam banyak hal..bukan semua yang diatas ni betul..dan bukan semuanya salah...ada yang menepati setiap peribadi anak kedua/ anak tengah/ seterusnya... sebagai anak kedua, mereka wajar berfikir secara rasional...tak kiralah kurang dapat perhatian atau pun tak, janganlah membuat onar dan membawa keburukan kepada ahli keluarga yang lain..dalam sesetengah perkara, tak salah kalau mengambil jalan mudah iaitu berdiam diri atau lebih baik, jangan cipta masalah untuk dapatkan perhatian...



semoga menjadi anak yang lebih baik... ^_^










Friday, September 23, 2011

ikhlaskah kita??

 


Jumaat yg penuh barakah   :)


kita selalu membantu org lain kan?? tak kiralah yg benar-benar dlm kesusahan, atau tak...sebagai contoh, kita mungkin biasa membantu org lain  utk lintas jln, atau sekadar menghulurkan wang ringgit utk meringankan beban kewangan mereka...




setiap kali kita membantu, adakah kita sering menyebut ....

 "terimalah, sy ikhlas membantu awak"



atau...



"saya tolong awak ni ikhlas, tak ada niat lain pun"



soalnya disini, apakah perlu kita memberitahu keikhlasan hati kita itu??




dlm Islam, kedudukan ikhlas adalah lebih tinggi dr Iman...ikhlas adalah rahsia Tuhan, sehinggakan para Malaikat juga tak tahu mengenai keikhlasan..sedangkan para Malaikat tak tahu, inikan pula tuan punya badan itu sendiri...ikhlas juga menjadi penentu sama ada setiap amalan kebaikan kita diterima, atau ditolak....




Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas....Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal....





utk itu, lakukanlah setiap amalan kita kerana Allah semata-mata.. jgn disebut ikhlas  kerana khuatir niat yg pd asalnya benar-benar ikhlas,bertukar menjadi riak/menunjuk-nunjuk....sebaik-baiknya, ikhlaskan diri, tanpa perlu menyebut...sekiranya kita benar-benar ikhlas,biarkan Allah sahaja yg mengetahui niat kita...





*Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah*




Sunday, August 21, 2011

Puasa vs Nafsu

Bulan Ramadhan Al-Mubarak sudah semakin menghampiri kita. Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini akan mendidik kembali nafsu manusia yang sering bermaharajalela dalam diri manusia sepanjang tahun.

Puasa akan mendidik kembali nafsu manusia kerana nafsu sangat degil dan susah untuk tunduk kepada perintah Allah sejak ia mula-mula diciptakan lagi. Sebagai orang yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang diperintahkan untuk berpuasa dan mendidik nafsu supaya mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Berpuasa adalah cara untuk mendidik dan menundukkan nafsu yang degil. Apabila berpuasa, kita tidak mengikut keinginan nafsu seperti makan dan minum sebaliknya kita mengikut perintah Allah supaya berpuasa di bulan Ramadhan.

Maka dengan itu, nafsu telah dididik untuk berpuasa dan mengikut segala perintah Allah. Gunakan sebaiknya bulan Ramadhan yang bakal tiba untuk mendidik nafsu yang degil ini supaya kita akan mendapat banyak keberkatan di bulan Ramadhan kali ini.

Ambillah juga peluang sebulan ini untuk menguatkan diri sebelum kita diduga dengan gabungan syaitan dan nafsu setelah Ramadhan meninggalkan kita. Persiapkan diri kerana syaitan telah berjanji untuk menduga anak Adam dan Hawa sehingga Kiamat kelak.

وَٱللَّهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ عَلَيۡڪُمۡ وَيُرِيدُ ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلشَّہَوَٲتِ أَن تَمِيلُواْ مَيۡلاً عَظِيمً۬ا
Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. 
(Surah An-Nisa 4: Ayat 27)

Friday, August 5, 2011

Ramadhan untuk kita

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah. 
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani 
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Saturday, July 30, 2011

syukuri nikmat ujian

"Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku dengan-Mu, janganlah engkau mengurniakan aku kesenangan dan kemudahan kerana aku takut aku akan jauh dari-Mu lantaran kelalaian dan kealpaanku."

Dalam hidup ini, kita sering diuji dengan berbagai-bagai ujian dari Maha Pencipta. Ujian yang didatangkan itu kadang-kadang merupakan satu peringatan di atas kelalaian ataupun satu hukuman lantaran kesalahan dan tidak kurang juga hanya semata-mata ujian untuk menduga tahap kesabaran dan keimanan kita. Kita diuji dengan sesuatu yang kita mampu hadapi kerana Yang Maha Mengetahui kemampuan dan keterbatasan kita hanyalah Allah Yang Esa.

Sesetengah orang diuji dengan harta kekayaan, kemewahan dan kesenangan. Manakala, sebahagian yang lain diuji dengan kesusahan, kedaifan dan kesulitan. Semua itu hanya satu tujuannya iaitu untuk mengukur sejauhmana kita bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan.

Bagi orang yang punya semuanya, seharusnya di hati mereka tiada perasaan riak, sombong, takbur, dan kedekut kerana semua yang dimiliki itu adalah pinjaman Allah semata-mata. Apabila  Dia mengkehendakinya semula, pasti Dia boleh menarik balik dengan sekelip mata. Sedangkan bagi mereka yang tak punya apa-apa seharusnya tiada sekelumit pun perasaan kesal, dengki, iri hati dan rendah diri kerana  Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani  boleh mengubahnya dengan membuka pintu rezeki.

Di antara dua ujian itu terselit satu persamaan iaitu bersyukur. Jika kita diuji dengan segala macam kesenangan nikmat duniawi kita perlu bersyukur. Begitu juga jika kita diuji dengan segala ketidakcukupan duniawi, kita juga perlu bersyukur.

Bagi mereka yang punya segala, bersyukurlah dengan kurniaan yang dianugerahkan, berbahagilah sesama saudara, rakan dan jiran serta jauhkan dari sikap menunjuk-nunjuk dan meninggi diri. Bagi mereka yang tidak punya, tidak perlu menyesali takdir, merasa iri dengan kesenangan orang lain dan tidak perlu terlalu merendah diri atas segala kekurangan. Bersyukurlah dengan apa yang ada kerana syukur itu adalah tanda Iman. Apabila kita bersyukur, nescaya Allah akan menggandakan nikmatnya kepada kita.

Kita juga boleh berfikir begini "Jika aku senang mungkin aku akan lalai dan hanyut dalam kesenangan itu. Aku tidak mampu menanganinya dengan baik, maka Allah berikan aku kesusahan." Ataupun "Jika aku susah mungkin aku akan melakukan banyak kemungkaran. Aku tidak mampu hidup susah, maka Allah berikan aku kesenangan." Maka bersyukurlah. Susah ataupun senang, kedua-duanya adalah antara nikmat dan ujian dari Allah. Alhamdulillah...

Kesimpulannya, walau apa juga ujian yang diberikan kepada kita, baik hidup senang atau susah, kita hendaklah bersyukur. Bagi yang senang tidak perlu menghina yang susah dan yang susah tidak perlu mencemburui yang senang. Barulah semuanya akan hidup aman. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya tentang hamba ciptaan-Nya dan Dia tidak membebani kita melainkan dengan beban yang mampu ditanggung oleh kita. Wallahua'lam.

~artikel dr iluvislam.com

Thursday, July 28, 2011

puasa bukan sekadar tahan makan

Puasa merupakan ibadah yang sangat dicintai Allah ta'ala. Hal ini sebagaimana tersebut dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Puasa merupakan ibadah yang sangat dicintai Allah ta'ala. Hal ini sebagaimana tersebut dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:



كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَىسَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ. قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: إِل أَجْزِي بِهِ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِياَّ الصَّوْمَ، فَإِنَّهُ لِيْ وَأَنَا
Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah ta'ala berkata: 'Kecuali puasa, maka Aku yang akan membalas orang yang menjalankannya kerana dia telah meninggalkan keinginan-keinginan hawa nafsunya dan makannya kerana Aku'
(Hadith riwayat Imam Muslim)
 
Hadis di atas dengan jelas menunjukkan betapa tingginya nilai puasa. Allah ta'ala akan melipatgandakan pahalanya bukan sekedar 10 atau 700 kali lipat namun akan dibalas sesuai dengan keinginan-Nya Ta'ala. Padahal kita tahu bahwa Allah ta'ala Maha Pemurah, maka Dia tentu akan membalas pahala orang yang berpuasa dengan berlipat ganda.

Hikmah dari semua ini adalah sebagaimana tersebut dalam hadis, bahwa orang yang berpuasa telah meninggalkan keinginan hawa nafsu dan makannya kerana Allah Ta'ala. Tidak nampak dalam zahirnya dia sedang melakukan suatu amalan ibadah, padahal sesungguhnya dia sedang menjalankan ibadah yang sangat dicintai Allah ta'ala dengan menahan lapar dan dahaga. Sementara di sekitarnya ada makanan dan minuman.
Di samping itu dia juga menjaga hawa nafsunya dari hal-hal yang boleh membatalkan puasa. Semua itu dilakukan kerana mengharapkan keredaan Allah Ta'ala dengan meyakini bahwa Allah Ta'ala mengetahui segala gerak-gerinya.

Di antara hikmahnya juga ialah kerana orang yang berpuasa sedang mengumpulkan seluruh jenis kesabaran di dalam amalannya. Yaitu sabar dalam taat kepada Allah Ta'ala, dalam menjauhi larangan, dan di dalam menghadapi ketentuan taqdir-Nya Ta'ala. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud:


"Sesungguhnya akan dipenuhi bagi orang-orang yang sabar pahala mereka berlipat ganda tanpa perhitungan." (Az-Zumar: 10)

Wednesday, July 27, 2011

harapan Ramadhan

Pertengahan Sya'ban sudah berlalu. Ramadhan 1432 H tinggal beberapa hari lagi. Waktu terus berjalan, tanpa pernah berhenti. Hari yang berganti hari, bulan yang berganti bulan, dan tahun yang berganti tahun, dalam semua perputaran waktu itu Allah SWT senantiasa memberikan kenikmatan kepada kita.

Semakin Hampir Ramadhan

Setelah kenikmatan terbesar berupa iman, maka kenikmatan-kenikmatan lainnya dianugerahkan kepada kita tanpa bisa kita hitung jumlahnya, bahkan seringkali tidak kita sadari kehadirannya. Yakni nikmat waktu, kesempatan yang diberikan Allah kepada manusia. Maka, bersyukurlah atas nikmat Allah yang tiada tara ini.

Diantara kenikmatan itu adalah sampainya usia kita di akhir bulan Sya'ban ini. Sebentar lagi kita akan memasuki bulan yang penuh dengan keutamaan. Yakni bulan Ramadhan. Pertanyaannya adalah, sudahkah kita siap dalam menyambutnya? Atau jangan-jangan kita malah berkesah diri karena memasuki bulan dengan beban berat. Atau bahkan tidak peduli, karena sedang tenggelam dengan aneka kesibukan duniawi?? Ataukah memang sedang  berencana dan menyambutnya?

Jika para sahabat telah mempersiapkan diri dua bulan sebelum Ramadhan tiba bagaimana dengan kita?, sebagaimana doa:


اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَارِكْ لَنَا فِى رَمَضَانَ
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rajab dan Sya'ban, serta berkatilah kami di bulan Ramadhan
[Hadis Riwayat Ahmad]

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58...


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58
surahtersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak
7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan
Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku...

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai Islam...

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat...
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini...

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin ...

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin...

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..... AMINnnnn.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah."

Saturday, July 9, 2011

cara beri teguran kpd kwn

kwn tu mcm2 betul x? yg pasti, semua org ade kwn...xkiralah kwn baik, atau sekadar kwn...mereka tetap kwn..
sesungguhnya susah sebenarnya nak menjaga hati kwn2 ni...ade yg jenis cepat melatah, ade yg cepat terasa, ade yg jenis tak kisah, ade yg buat2 tak kisah....pendek kata, mcm2 lah...

mslh 1 :::::: ape yg korg buat kalau kwn korg buat slh? mksdnye...kalau kwn tu cara pakainya slh..sebagai contoh, pakaian menutup aurat, tp masa yg sama, bajunye pendek, berada pd paras atas punggungnye, atau dia memakai inner shirt  utk elakkan bahagian tangan nye terdedah...

mslh 2 :::::: atau..ape korg akan ckp, kalau kwn tu bercakap kasar dgn kwn2 lain, termasuklah korg...

mslh 3 :::::: atau..kwn tu dah tau esok lusa tulat tulit ni die nk exam, tp die tak mula langsung nk baca buku..kalau tak nak baca tu ok lah lagi, ni takat niat je, pastu tgk movie byk2 gila,enjoy je....last2, kwn tu jugak melungkup    *eh..ade ke perkataan melungkup ni...gasak  lah..hahaha

and mcm2 lagilah senario yg seharusnya ditegur..utk kebaikan insan sejagat..hehe

ape korg bikin ah? ce cte... ce cte... hehe

*************************************

Monday, July 4, 2011

hambamu by mawi feat akhil hayy

ke arah satu perjalanan
dalam sebuah kehidupan
demi untuk mengecapi
hasrat murni di dalam hati

usaha dgn doa
masanya akan tiba
dengan restu Ilahi
kelak pasti akan di temui

suluhkan cahaya di hati terang
tunjukkan jalan seandainya hilang
tegakkan perjalanan
yang bakal di tempuh

tegakkan semangat bila runtuh
setibanya disisimu ku berserah
terimalah ku
hambamu Allah

hambamu Allah

sekiranya takdir menguji
cekalkanlah hasrat dihati
semoga kesusahan bisa
mengajar erti terus azam

usaha dgn doa
masanya akan tiba
dengan restu ilahi
kelak pasti akan di temui

suluhkan cahaya di hati terang
tunjukkan jalan seandainya hilang
tegakkan perjalanan
yang bakal di tempuh

tegakkan semangat bila runtuh
setibanya disisimu ku berserah
terimalah ku
hambamu Allah

hambamu Allah

Allah ya Allah
dengan restu  Ilahi
kelak pasti akan di temui

suluhkan cahaya di hati terang
tunjukkan jalan seandainya hilang
tegakkan perjalanan
yang bakal di tempuh

tegakkan semangat bila runtuh
setibanya disisimu ku berserah
terimalah ku
hambamu Allah

hambamu Allah


 *terkesan dgn lagu ni... 

Sunday, June 26, 2011

mohon entry ini dibaca..dan disokong

sy dengan rendah hati mohon semua yg membeca blog ni secara kebetulan atau sekadar singgah2, mohon
klik sini...utk peringatan kita bersama termasuklah sy....mari berubah ke arah yg jauh lebih baik...

sy rasa bertanggungjawab menyokong kempen ini atas nama saudara seIslam...sy mohon maaf andai yg tersinggung..tp apaguna kita sekadar tersinggung semata2...mari lah bersama2 berubah...


tolong klik  sini!!!

sy mohon semua..tak kira lelaki atau perempuan...sekolah atau sudah bekerja..bujang atau sudah berkahwin...
sama2 lah kita menegur...

ini adalah tanggungjawab kita semua! 
sy mohon...
terima kasih

Wednesday, June 22, 2011

mulianya wanita

Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-Quran dengan menamakan surah -An nisa'-.
Manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah r.anha-.
Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita - Sumayyah r.anha -.
Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anha yang juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun haji, iaitu saie.

Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda Nabi yang mafhumnya; "Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya".
 Masya Allah, senang bunyinya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu. Jika kita lihat bagaimana pengorbanan Siti Khadijah r.anha, tentunya kita takkan dapat tiru apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur dan terkenal. Tetapi sebaik sahaja beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya diinfaqkan(dibelanjakan) ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya "Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah".

 Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin, syurga Allah telah menantinya.

Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap Tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah Maha Besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering sehingga hari Kiamat.

Allahu Akbar!. Betapa besarnya pengorbanan para sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami, anak-anak demi agama Allah swt. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt, Allah telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri dah tawarkan syurgaNya untuk kita? But for sure, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu. Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, "Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".

artikel dipetik daripada  :: >
iluvislam 

Saturday, June 11, 2011

rancang bajet dapur anda

"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
(Surah Al-Israk: Ayat 27)

Bajet dapur merupakan pelaburan yang tak dapat dielakkan saban bulan kerana makanan berkait rapat dengan kelangsungan hidup kita. Kenaikan harga barang pula menambahkan saham dalam bajet dapur sehari-harian. Selain Kempen Pengguna Bijak yang membawa mesej pengguna mempunyai pilihan untuk membeli barang keperluan harian atau menggunakan perkhidmatan, dan peniaga yang menjual pada harga yang tinggi tidak akan disokong. Kali ini, saya bawakan tips menjimatkan bajet dapur selangkah sebelum anda membeli.
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

1. Sumber makanan
Mengurangkan kebergantungan terhadap produk yang perlu dibeli dapat menjimatkan sebahagian besar belanja dapur. Bagi kebanyakan kawasan perumahan, menternak mungkin menjadi masalah tapi bukan bercucuk tanam. Apatah lagi pemakanan sayur-sayuran dan ulam-ulaman sebagai menu kegemaran rakyat Malaysia sangatlah menjimatkan sekiranya menu berasaskan bahan tersebut boleh didapati hanya di sekitar kawasan rumah. Selain itu, dengan menjana sendiri sumber makanan, kita mendapat hasil yang banyak dengan kos yang sedikit. Begitu juga kita dapat mengawal kualiti hasil tersebut.

2. Masak sendiri
Pernahkah anda menghitung banding harga makanan atau minuman di restoran? Segelas air limau ais berharga seringgit walhal sebiji limau berharga tidak sampai sepuluh sen. Selain menjimatkan kos upah, kita juga dapat mengawal pemilihan, penggunaan bahan-bahan dalam menu dan kebersihan dalam penyediaan makanan.

3. Diet harian
Penjimatan belanja dapur berkadar langsung dengan diet anda. Konsepnya, jika anda berlebih-lebihan dalam memakan, maka berlebihanlah perbelanjaan ke atasnya. Sebaiknya anda menjamah selera sebelum berasa lapar bagi mengelakkan anda tamak terhadap makanan. Elakkan juga memakan snek tidak berkhasiat kerana makanan ini biasanya mahal.

4. Ubah suai menu
Lebihan bahan masakan atau makanan jangan terus dibuang. Buat pemilihan bahan apa yang boleh digunakan semula. Baki reja sayuran dan tulang daging boleh direbus menjadi stok sup atau stew. Buah-buahan yang berbaki atau sudah berlebam boleh dijadikan jem buah. Nasi putih yang tidak habis dimakan pula boleh disimpan untuk dibuat nasi goreng.

5. Sisa makanan
Sisa makanan yang kita buang saban hari dapat ditukarkan dijadikan baja kompos. Baja buatan sendiri ini dapat mengurangkan belanja membeli baja bagi kebun kecil di rumah anda dan membantu menjaga alam sekitar. Tahukah anda kulit telur merupakan sumber kalsium bagi tumbuhan?

"Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah berat."
(Surah Ibrahim: Ayat 7)
copied from:-

artikel iluvislam 

Friday, June 10, 2011

ekspresi mata lebih dramatik

SERING KALI kita melihat seorang wanita begitu cantik matanya, galak dan bercahaya. Baik lelaki mahu pun wanita pasti akan memandang berkali-kali tanpa rasa jemu. Ada yang bertanya apakah rahsianya? Adakah pada solekan atau penampilannya yang membuatkan dia menyerlah berbanding biasa?

Ramai mengakui solekan mata menjadi bahagian terpenting ketika menghias wajah. Malah, ia mengambil masa yang agak lama selain memerlukan penelitian agar solekan kelihatan berbeza. Selain pemakaian celak dan maskara, bulu mata palsu menjadi kaedah terkini dan popular dalam solekan. Sama ada untuk acara kasual, makan malam sehingga majlis perkahwinan pemakaiannya menjadi gaya semasa sehinggakan tanpa bulu mata palsu seseorang tidak senang duduk kerana merasakan belum cukup lengkap berdandan. 


Dulu pemakaian bulu mata palsu bertujuan memperlihatkan bulu mata kelihatan lebih panjang dan tebal. Tetapi kini bulu mata palsu menjadi sebahagian daripada alat solek sama seperti celak, bedak dan gincu. Memakai bulu mata palsu membuat penampilan mata lebih berekspresi dan dramatik. Walaupun nampak seakan mudah, memakai bulu mata palsu memerlukan teknik yang betul. Ini kerana bahagian mata agak sensitif dan memerlukan ketelitian ketika melekatkan pada mata.


Sebaiknya minta jurusolek atau mereka yang mahir untuk memakaikan bulu mata palsu pada mata anda atau sekiranya anda ingin mengenakannya sendiri, berlatih terlebih dulu bagi mendapatkan kesan sempurna. Latihan yang kerap akan membantu pemasangan bulu mata lebih cepat dan rapi. Bulu mata akan berada pada kedudukan yang betul iaitu sebaris dengan bulu mata anda sehinggakan tidak nampak cacat celanya. Namun pastikan anda tidak memakainya untuk tempoh yang lama kerana ini akan membuatkan mata anda mudah cedera atau sakit. 


Berikut beberapa panduan yang boleh digunakan ketika memakai bulu mata palsu: 
 

Sesuaikan ukuran bulu mata palsu...
Setiap orang memiliki ukuran mata berbeza-beza. Ada yang kecil, sederhana dan lebar. Oleh itu sebelum membeli bulu mata palsu pastikan anda mengukur terlebih dulu panjang bulu mata bersesuaian. Kemudian, rapatkan bulu mata palsu pada kelopak mata untuk mengetahui panjang bulu mata yang sesuai. Setelah itu, gunting bulu mata palsu sekiranya melebihi panjang kelopak mata.
 

Solekan mata...
Pastikan anda menyolek terlebih dulu bahagian mata dengan solekan pembayang mata mengikut warna sesuai diikuti dengan pemakaian celak. Selepas itu sepit bulu mata dengan penyepit bulu mata bagi memastikan bulu mata palsu melekat sempurna. Selepas itu lekatkan bulu mata palsu pada bahagian mata anda.
 

Gam bulu mata palsu...
Selepas anda mengetahui panjang bulu mata palsu yang ingin dilekatkan ambil gam (khusus untuk bulu mata palsu) dan sapukan pada bulu mata berkenaan. Jangan sapu gam terlalu banyak kerana ini akan menyebabkan bulu mata melekat antara satu sama lain.
 

Lekatkan pada mata...
Selepas itu lekatkan pada bahagian kelopak mata. Lakukan dengan berhati-hati supaya bulu mata melekat dengan baik. Rapikan agar bulu mata kelihatan semula jadi dan melekat sempurna. Biarkan 30 saat supaya gam benar-benar kering.
 

Sempurnakan solekan mata...
Setelah posisi bulu mata palsu sesuai dengan mata anda. Sapukan maskara untuk membuat bulu mata kelihatan lentik dan sapukan celak pada garis atas bulu mata untuk menutupi warna gam. Ini supaya bulu mata asli dan bulu mata palsu kelihatan bersatu dengan sempurna. 

Bulu mata mengikut jenis mata: 
 

Mata sepet atau tidak berkelopak... Bagi anda yang memiliki mata sepet atau tidak berkelopak, pilih bulu mata palsu dengan helaian rapat, panjang dan semula jadi. Bulu mata ini akan memberi kesan mata lebih besar.
 

Mata cembung... 
Jika anda memiliki mata cembung, pilih bulu mata palsu yang tebal dan panjang agar mata kelihatan lebih dalam.
 

Mata kecil...
Jika anda memiliki mata kecil, gunakan bulu mata palsu dengan helaian panjang ini supaya bulu mata anda kelihatan lebih panjang.
 

Mata turun...
Mata yang turun sesuai memakai bulu mata palsu yang memiliki helaian panjang di sudut luar. Bentuk bulu mata palsu ini akan memberikan kesan mata lebih besar.
 

Mata dalam (cengkung)...
Mata yang terlalu cengkung, sesuai menggunakan bulu mata palsu dengan ketebalan semula jadi.
 

Mata besar atau bulat...
Bagi yang memiliki mata besar, elakkan bulu mata palsu dengan helaian tebal. Pilih bulu mata palsu dengan helaian panjang di sudut luar agar bulu mata kelihatan lebih panjang.


credit to *cik zaty 

Wednesday, May 4, 2011

Hukum Melihat Lelaki ‘JAMBU’

“Hai..saya Amy..duduk la dulu Dik!!..kita sembang-sembang.”..Sambil mata Amy tajam merenung ke’AYU’an wajah Haikal.
Haikal berbaju t-shirt nipis dan ketat dari gedung ‘Topman’, bersarung jaket kelabu jenama ‘Philosophy’. Seluar yang agak skinny dan singkat itu menampakkan buku lali. Kasut yang dipakai bersama stokin yang tidak kelihatan itu menyerlahkan lagi ke’stylo’an Haikal.



Haikal bukan seorang yang ‘confuse’ dengan identitinya. Namun perwatakannya itu membuatkan mata Amy terjeling-jeling kononnya menundukkan pandangan.
Datang rakan-rakan Amy menyapanya…”OMG…Heii Amy..Udah2 la tuh. Meh la makan dekat sini dengan kami..Tapi, pandai jugak ko pasang pancing..umpan aper ko pakai..ni bukan siakap..ni ikan kelisa nih”…(kelisa itu merujuk kepada Haikal..)
Amy dengan bangga berkata…”Owh..”Walaupuuunnn”..tak hengen…KAU ADER?”…
(tak perlu diterangkan apakah status Amy, rakan-rakannya dan Haikal disini…mungkin single but not available kot)

Dalam Islam dibenarkan untuk lelaki sesama lelaki untuk bersalaman. Berasaskan kepada hadis Nabi SAW : “Bersalamlah nescaya kamu aan mengasihi sesama kamu”

Namun dalam persoalan yang lebih advance dari salam lelaki sesama lelaki seperti memeluk, mencium, mengucup dan sebagainya, terdapat perbahasan oleh para Ulama’.
Imam Abu Hanifah dan Muhammad bin Hassan Asy-Syaibani berpendapat makruh bagi seorang lelaki mengucup mulut, atau mengucup tangan atau dimana-mana anggota badan mahupun memeluk (ta’aanuq), lelaki yang lain. Mereka berdalilkan kepada riwayat ketika Rasulullah SAW pernah ditanya : “Adakah boleh mengucup antara satu sama lain?” Baginda menjawab : “Tidak.” Ditanya lagi : “Adakah bleh memeluk antara satu sama lain?” Baginda menjawab : “Tidak”. Ditanya lagi : “ Adakah boleh bersalaman antara satu sama lain?” Lalu Rasulullah SAW menjawab : “Ya”. ( rujuk Badai’e Sana’ei 5/124)

Namun pendapat Abu Yusuf juga fuqaha Mazhab Hanafi mengatakan tidak mengapa. Ia berdalilkan kepada riwayat Jaafar bin Abi Thalib ketika pulang dari Habsyah, Rasulullah SAW telah memeluk dan mengucup dahi beliau. Begitu juga riwayat para sahabat Rasulullah SAW apabila pulang dari musafir, mereka mengucup dan memluk antara satu sama lain.

Ianya seolah-olah terdapat perbezaan dari kedua-dua hadis berkenaan. Namun ia sebenarnya bukan satu kecelaruan. Syeikh Abu Mansur berkata, yang dimakruhkan memeluk ialah apabila berbuatan itu menyerupai perbuatan bersyahwat ketika berbogel. Tetapi apabila dalam suasana melahirkan hormat-menghormati, maka tidak makruh. Jika bertujuan melepaskan nafsu maka ianya jatuh haram.
Itu dalam persoalan memeluk dan mengucup sesama lelaki. Bagaimana pula dengan melihat lelaki ‘JAMBU’. Dalam bahasa Arab dipanggil lelaki ‘Amrod”. Rupa-rupanya sejak dari zaman ulama silam lagi masalah ini sudah muncul.

Lelaki ‘JAMBU’ ialah lelaki ramaja yang kelihatan agak ‘cantik’. Sebahagian ulama mengatakan ‘Amrod’ itu lelaki yang tidak mempunyai janggut dan misai. (kerana lazimnya Muslim itu memelihara janggut).
Dalam persoalan ini para fuqaha’ bersepakat mengatakan HARAM melihatnya dalam keadaan syahwat. (Rujuk Hasyiah Ibn Abidin, Nihayatul Muhtaj dan al-Mughni). Manakala melihat lelaki “JAMBU” tanpa perasaan syahwat dan tanpa unsur menimbulkan fitnah, para fuqaha’ berselisih pendapat :

1 ) Jumhur fuqaha (majoriti) mengatakan hukumnya HARUS. (rujuk al-Dur al-Mukhtar, Mughni Muhtaj, al-Insaaf ). Tetapi golongan al-Hanabilah berkata makruh sekiranya melihat secara berulang kali.

2 ) Pendapat yang rajih dikalangan  Syafi’iyyah berkata, HARAM melihat secara mutlak. (rujuk al-Iqnaa’, Kifayatul Akhyar ) Pendapat ini juga disokong oleh Syeikh Ibn Taimiyyah dari Hanabilah.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa kehadiran lelaki ‘JAMBU’ dihadapan kita boleh melibatkan persoalan hukum yang sudah lama dibincangkan oleh ulama.
Bagaimana pula dengan kes jika tidur bersama. Tidur sekatil lelaki sesama lelaki.
Dalam kes ini, ulama melarang lelaki sesama lelaki tidur secara bogel di dalam satu pakaian, atau selimut mahupun sekatil bersama, Walaupun kedudukan antara mereka itu berjauhan. Sekiranya berpakaian dan tidur bersama dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah maka ianya diharuskan. (rujuk Nihayatul Muhtaj, Qalyubi wa ‘Umairah). Dalil jumhur fuqaha ialah berdasarkan kepada hadis Abu Sai al-Khudri katanya, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Lelaki janganlah melihat aurat lelaki, dan wanita janganlah melihat aurat wanita. Lelaki jangan bersekedudukaan dengan lelaki dalam satu pakaian, dan wanita jangan bersekedudukan dengan wanita dalam satu pakaian. “  ( RIwayat Muslim )

Wow…rupa-rupanya dalam berinteraksi dengan lelaki ‘JAMBU’ pun sudah lama dibincangkan oleh ulama’ silam. Kita mungkin menganggap biasa. Kerana mungkin tiada nafsu atau syahwat jika sesama lelaki. Namun, jangan dipandang enteng. Sekiranya para ulama menggariskan panduan bagaimana berinteraksi dengan lelaki ‘JAMBU’, maka sudah pasti ada yang tidak kena dalam isu ini.
 
Kepada lelaki yang merasakan anda itu cukup “JAMBU’…berhati-hatilah dengan mata ‘sang Arjuna’…Kerana bukan semua durian yang berduri itu sama isi dalamannya. Yang pasti…Aku tidak ‘JAMBU’..hehehe

artikel dipetik daripada : http://www.imamudasyraf.com/v1/

Perkataan Syukur Yang Dilupai

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!

Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta'ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia.. negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:
"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"
Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..
Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, "Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!"
Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na'uzubillah..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..

Artikel iluvislam.com

kenali anak kedua...

ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri

PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah

PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas....

Tuesday, May 3, 2011

perkongsian

Salam ikhwah dan akhawat fillah..

Kdg2 kita rasa gerun dan takut untuk masuk ke dalam rumah yang usang dan sudah lama ditinggalkan org..tanpa cahaya mentari yang menyinari dalam ruangan rumah tersebut,cukup menjadi penyebab kita untuk tidak masuk ke dalam rumah tersebut. Pada pandangan kita rumah2 terbiar seperti itu hanyalah menarik perhatian 'tetamu yang tak diundang' seperti penagih dadah dan sebagainya. Akhawat, bagaimana pula dengan hati dan iman yang sudah lapuk dan usang? Tidakkah ia seperti rumah yang terbiar itu? Tanpa pembaik pulih? Menarik maksiat dan perkara yang melalaikan untuk masuk ke dalam hati seterusnya dalam diri..tanpa kita sedar,tanpa pembaikan pulih iman yang usang akan terus mati seperti rumah usang yang hanya tunggu saat menanti roboh.hamba yang benar2 mengakui cinta kepada Sang Pencipta xkan pernah membiarkan imannya terus usang dan xberfungsi kerana dia tahu seandai imannya usang dan xberfungsi,maka hilanglah nikmat cinta itu.tak semudah itu dia akan membiarkan nikmat Cinta Ilahi terus pergi..TIDAK SAMA SEKALI!!jd,akhawat fillah,marilah kita bersama2 bermujahadah memperbaharui iman kita agar ianya sentiasa yaziid..insyaAllah (peringatan terutama untuk diri sendiri yang terkadang leka dan alpa)


MEMPERBAHARUI KEIMANAN YG USANG

ان الايمان ليخلق في جوف احدكم كما يخلق الثوب
فاسٲلوا الله ان يجدد الايمان في قلوبكم
“Sesungguhnya iman dlm hati salah seorg antara kamu akan usang dan lusuh spt usang dan lusuhnya pakaian.
Oleh itu, mohonlah kpd Allah agar Dia memperbaharui iman dlm hatimu.”
[HR at Thabrani]

Penilaian:
As Sayuthi – Hasan, Al Albani – Shahih

Sekilas
Hati: Cahaya / gelap
Akan menjadi gelap / lusuh spt pakaian
Menyebabkan xmampu / xmahu tingkatkan amal, cegah drpd perkara makruh.

Nilai Ruhiyah:
1. Hal Menyebabkan Usangnya Iman:
• Tinggalkan tilawah al Quran
Atsar: Seperti rumah reyot
HR al Bazzar: Rumah dibacakan Quran, melimpah kebaikan. Rumah xdibacakan, sedikit kebaikan.
• Jarang zikir, malas2 ibadah
[4:142] Org Munafik menipu Allah. Tidak menyebut nama Allah kecuali sedikit.
• Sibuk duniawi
Mengejar harta, hati terfokus pada dunia.
[Sahih] Allah turunkan harta utk tunaikan solat dan zakat. Jika ada satu lembah emas, nak 2.
• Cinta anak / isteri lebih2an
Habiskan byk masa, berat berdakwah.
[HR Ahmad] Abu Hurairah tny kenapa berubah apabila x di sisi Rasulullah
[HR Thabrani] Anak menyebabkan kikir, pengecut, jahil, mudah sedih

2. Petanda Usangnya Iman:
• Malas beramal
Solat terlambat, fikiran melayang, xberi kesan
• Tinggalkan amalan sunat
Alasan: Dosa xdikira
• Tinggalkan bacaan al Quran
Xhayati, xmenangis, xterpengaruh, xmasuk hati
• Jarang zikir dan doa
Baru sikit, dah habis
• Memandang perspektif dosa / xdosa
Lakukan syubhat, makruh
[HR Syaikhan] Masuk syubhat, masuk haram
• Banyak lakukan amal sia2
TV, pesta, langsung xberi manfaat pd iman
• Lemah tanggungjawab keimanan
Xda ghirah Islam utk baiki, dakwah
• Bertambahnya angan2 duniawi
Fikirkan kesenangan, berbelanja, makan
• Ego
Xpeduli org lain, penting diri

3. Hal Dapat Memperbaharui Iman:
• Berdoa agar diperbaharui iman
[HR at Thabrani]
• Banyakkan La Ilaha Illa Allah, selami makna
[HR Ahmad] Baharui iman, banyakkan La Ilaha Illa Allah
• Banyakkan tilawah
[HR Baihaqi] Hati berkarat macam besi. Cara hilangkan: Tilawah Quran
• Banyakkan zikir
Abu Darda: Setiap benda ada penerang. Penerang hati, zikrullah.
Ibn Umar: Setiap benda ada pengilap. Pengilap hati, zikrullah.
• Istiqamah realisasikan amal
[HR Muslim] Ucapan xperlu ditanya selain kpd engkau
[Sahih] Xistiqamah iman sehingga istiqamah hati. Xistiqamah hati sehingga istiqamah lisan
• Sentiasa istighfar / taubat
[HR Ibn Majah] Org bertaubat seolah2 xpernah miliki dosa
Dosa xsengaja
Rahsia Rasulullah jadi paling mulia, Istighfar ≥100

(sumber dipetik daripada :  http://www.facebook.com/note.php?note_id=414640394112  )

Friday, April 29, 2011

sekadar berkongsi

assalamualaikum

*senyum*

aku mencari sedikit semangat dr sebuah penulisan..
tulisan yg dah terlalu lama..
cuma aku baru je nk terbuka minda..

xperlu berteka teki...
aku bg tau yer..
bukan nk ckp aku bgs sbb baca karya2 mcm ni..
tp Sekadar Berkongsi..
(boleh baca title post ni)

http://www.harunyahya.com/books/faith/maryam/muslimwoman01.php

ini version online..
kalau nk carik version hard copy pn boleh je..
tp aku prefer yg ni...
walaupun aku xbce abis lg, sb byk sgt...
apelah salahnya berkongsi..
ye tak?
?

maryam: an exempler woman...
supposedly buku ni ajar kita mcm2..
membuka minda dan pemikiran..
semoga semua beroleh manfaat okeh!

jadiknye..

aku masih baru dlm dunia ber'blog'ing ni
selamat dtg...dan

timaseh lah semua yg ade...
p/s : ade ke? hahahahahaha