si cantik & si kacak

Tuesday, May 3, 2011

dah boleh buat semakan adik2 lepasan stpm

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;
  1. Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2011.
  2. Secara sms dalam format MOE<jarak>T6<jarak>KP<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran Tingkatan 6

  • Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 9 Mei 2011
  • Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.

Rayuan Tingkatan 6

  • Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.
  • Syarat-syarat untuk membuat rayuan belum dimaklumkan tetapi sebagai panduan umum boleh rujuk yang dikeluarkan tahun lepas di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6

Pertukaran Jurusan

  • Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
  • Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan. 

Pertukaran Sekolah

  • Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  • Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

  • Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus PLKN dan telah mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.

Matrikulasi

  • Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

Maklumat

p/s :: stpm best lah..so kalau dpt...silalah pergi...haha... selamat berjaya!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Tinggalkan Comment Anda Di Sini Yer..
Timaseh!!