Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:-
'Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya'.
mari kita renungkan hadith pertama dari rangkaian hadith-hadith Nabi Muhammad SAW.
benarlah apa yang dikatakan...setiap yang kita lakukan, adalah berpaksikan niat..andai salah niat, maka tersilaplah percaturan di akhirat kelak...
begitu juga dalam membuat penghijrahan..
"Sebagai orang awam, termasuk saya, apa yang kita pahami sebagai hijrah adalah sebuah kegiatan pindahnya Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah dengan tujuan mempertahankan akidah islam. Namun, ternyata, terdapat hal-hal lain seputar Hijrah yang juga mencirikan makna hijrah.
Menurut DR. Quraish Shihab (pengarang tafsir Al-Mishbah),
(gambar dari Google)
- kata "Hijrah", digunakan untuk mengistilahkan perpindahan suatu kaum/individu dari satu hal yang sifatnya buruk kepada hal lain yang sifatnya baik. Pengertian ini berlaku kepada kegiatan pindah tempat mahupun pindah kelakuan. Contoh hijrah yang paling popular adalah peristiwa Hijrahnya Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Contoh lainnya adalah taubatnya seseorang. Jika seseorang telah bertaubat, dengan taubat nasuha, ini pun dikategorikan kepada kegiatan hijrah, berpindah dari suatu kondisi buruk kepada kondisi yang baik.
- Al Qur'an telah berjanji untuk memberikan kelapangan bagi siapapun yang berhijrah. namun, kelapangan yang akan diberikan Allah hanya berlaku bagi orang yang secara sungguh-sungguh melaksanakan Hijrah.
- Sebelum hijrahnya Nabi SAW, Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW pun melaksanakan Hijrah. Misalnya, Hijrahnya Nabi Musa AS beserta kaumnya dari Mesir ke Palestina. Namun, hasil dari hijrahnya Nabi-Nabi terdahulu berbeza satu sama lain. Hal ini disebabkan oleh perbezaan usaha yang dilakukan oleh masing-masing Nabi. Hijrahnya Nabi Muhammad SAW dilakukan dengan perencanaan yang matang, dan dilakukan secara sembunyi-sembunyi serta bertahap. Nabi Muhammad, sebagai pemimpin, justeru yang terakhir melakukan hijrah. Beliau berangkat ke Madinah bersama sahabatnya, Abu Bakar As-Siddiq. Meskipun mengalami berbagai rintangan, Nabi Muhammad SAW tidak gentar sedikitpun. Bahkan, ketika mereka berdua bersembunyi di gua, Nabi Muhammad SAW menenangkan Abu Bakar dengan berkata : "Sesungguhnya Allah Bersama Kita". Dan buah dari perencanaan serta kebersamaan yang tercermin dari ucapan beliau "Sesungguhnya Allah Bersama Kita", hijrah Nabi berjalan sukses. "
( sumber dipetik daripada: http://mmishbah.blogspot.com/2008/02/makna-hijrahhasil-resume-kuliah-bersama.html )
berdasarkan perkongsian, jelas dilihat erti hijrah sebenarnya mendorong perubahan atau anjakan ke arah kebaikan... dan jelas, sebaik2 penghijrahan adalah dari hati kerana Allah semata2..dan bukan untuk mengejar dunia atau manusia.. ingatlah..kita hanyalah menumpang dan meminjam bumi ciptaan Allah...
Marilah sama2 mengagungkan Allah yang Maha Esa.. sesungguhnya, tiada yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui melainkan-Nya
p/s: peringatan buat diri sendiri juga...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Tinggalkan Comment Anda Di Sini Yer..
Timaseh!!