Jumaat yg penuh barakah :)
kita selalu membantu org lain kan?? tak kiralah yg benar-benar dlm kesusahan, atau tak...sebagai contoh, kita mungkin biasa membantu org lain utk lintas jln, atau sekadar menghulurkan wang ringgit utk meringankan beban kewangan mereka...
setiap kali kita membantu, adakah kita sering menyebut ....
"terimalah, sy ikhlas membantu awak"
atau...
"saya tolong awak ni ikhlas, tak ada niat lain pun"
soalnya disini, apakah perlu kita memberitahu keikhlasan hati kita itu??
dlm Islam, kedudukan ikhlas adalah lebih tinggi dr Iman...ikhlas adalah rahsia Tuhan, sehinggakan para Malaikat juga tak tahu mengenai keikhlasan..sedangkan para Malaikat tak tahu, inikan pula tuan punya badan itu sendiri...ikhlas juga menjadi penentu sama ada setiap amalan kebaikan kita diterima, atau ditolak....
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas....Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal....
utk itu, lakukanlah setiap amalan kita kerana Allah semata-mata.. jgn disebut ikhlas kerana khuatir niat yg pd asalnya benar-benar ikhlas,bertukar menjadi riak/menunjuk-nunjuk....sebaik-baiknya, ikhlaskan diri, tanpa perlu menyebut...sekiranya kita benar-benar ikhlas,biarkan Allah sahaja yg mengetahui niat kita...
*Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah*
hmm.. lepas ni takmo sebut dah perkataan ikhlas.. nasib baca entry ni
ReplyDelete